Search

KEUTAMAAN KORBAN ( DALIL AL-QUR'AN & SUNNAH NABI )

Korban

Firman Allah swt :- "Dan baca olehmu untuk mereka khabar berita , dikala anak Adam itu mempersembahkan korbannya maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya serta menolak korban yang seorang lagi" Al-Maidah :- 27

Firman Allah swt :- "Manakala Ismail telah besar sedikit , Ibrahim berkata kepada anaknya itu " hai anakku , bahawasanya aku bermimpi agar aku menyembelihmu , maka betapa fikiranmu? " Ismail menjawab: " Wahai bapaku , perbuatkanlah apa yang diperentahkan , engkau akan dapati -InsyaAllah aku dari orang-orang yang sabar" . Maka manakala Ismail telah menyerah dirinya , dan telah dibaringkan , Kami berseru Ibrahim , engkau telah laksanakan mimpimu , dengan benar dan bahawasanya kami akan memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat baik . Sesungguhnya ini adalah suatu percubaan yang nyata dan telah kami tebus Ismail itu dengan seekor kibasy yang besar" Ash Shaffat :- 107

Maksud korban yang sebenar yang dikehendaki Islam ialah :- "Mendekatkan diri kepada Allah swt semata-mata" .Tidak diboleh sekali-kali menyembelih korban kerana atau untuk seseorang , atau sesuatu yang selain Allah swt sebagaimana tidak boleh kita mengerjakan solat untuk seseorang , begitulah tidak boleh kita berkorban untuk dan kerana seseorang .

Firman Allah swt :- "Maka bersenbahyanglah kamu untuk Tuhanmu , dan sembelihlah korban". Al-Kausar :- 2

Yakni berlaku ikhlaslah kamu dalam mengerjakan solat dan korban untuk Allah swt . Diberitakan oleh Ahmad , Muslim dan An Nasa 'i dari Ali ujarnya :- Telah diceritakan kepadaku , oleh Nabi saw bahawa ada empat perkara yang dikutuk Allah swt .
1 . Allah mengutuk orang yang menyembelih untuk yang selain Allah
2 . Allah mengutuk orang yang melaknatkan dua ibu bapanya
3 . Allah mengutuk orang yang membeli kepada orang-orang yang menambah-nambahkan agama
4 . Allah mengutuk orang yang mengubah-ubah tanda-tanda jalan .


Hukum berkorban
Tentang disyariatkan berkorban tidak ada perselisihan faham , antara ahli agama ( para mujtahidin) . Hanya mereka berselisih dalam menetapkan tentang hukum "suruhan" itu . Ada diantara mereka yang mewajibkan dan ada diantara mereka yang menyunatkan saja , walaupun mereka mengutamakan .

Untuk mengetahui mana diantara pendapat itu yang lebih patut kita pegang dan kita amalkan perhatikanlah penerangan yang dibawah ini :-

1 . Kata Rabi'ah , Al-Auza'y , Abu Hanifah dan An Nakhai sedemikian juga sebahagian pengikut Malik ibn Anas berkata :- " Berkorban itu wajib hukumnya atas mereka yang sanggup menunaikannya" . akan tetapi An Nakhai sendiri mengecualikan orang yang sedang berhaji di Mina .

2 . Kata Muhammad ibn Al Hasan :- " Berkorban itu , wajib atas segala penduduk kota"

3 . Kata 'Atha , Malik , asy Syafi'iy , Ahmad , Abu Yusuf , Ishaq , Abu Tsur , Al Muzany , Ibnul Munzir dan Daud , demikian juga Ibn Hazam :- " Berkorban itu suatu sunat atas orang kaya , bukan suatu perkerjaan yang diwajibkan . Sunat ini mengenai orang yang bermuqim , musafir dan yang sedang mengerjakan haji" ( pada tiap-tiap tahun)

4 . Kata Asy Syaukani dalam Al-Raudlah :- " Adanya perentah berkorban , menunjukkan kepada wajibnya . Perentah itu ditujukan atas tuan rumah . Berkorban itu , jika dikatakan wajib , maka bagi isi satu orang yang mengepalainya , dan bagi orang yang berkeluarga , atau belum mempunyai rumah tangga yang dia urusi , maka atas dirinya"
Dalil untuk menetapkan bahawa berkorban wajib atas ketua keluarga ialah : Keterangan (hadith) yang diriwayatkan Malik dan lain-lain dari Abi Aiyub Al Anshary :- " Selalulah orang orang lelaki dimasa Rasullullah , berkorban dengan seekor kambing untuk dirinya dan ahli kelurganya "

5 . Kata golongan yang mewajibkan , kerana mengingatkan firman Allah swt :- " Maka bersolatlah kamu untuk Tuhanmu dan sembelihlah korban" . Al-Kausar :- 2
Ayat diatas menunjukkan kepada wajibnya berkorban .

6 . Kata golongan yang mewajibkan .
Korban itu wajib , kerana mengingat hadith Nabi yang diberitahukan Abu Hurairah bahawa Nabi memberi ingatan kepada orang yang sanggup berkorban , tapi tidak mahu agar tidak mendekati musalla tempat beliau mengerjakan solat hari raya aidil adha itu .
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abu Hurairah bahawa Rasullullah saw bersabda :-
" Barang siapa mempunyai keluasan ( berkemampuan) tapi tiada mahu berkorban janganlah ia mendekati tempat kami bersolat ini"
( hr Ahmad dan Ibn Majah)


7 . Kata golongan yang mewajibkan .
"Wajib kita berkorban , kerana mengingati hadith Ibn Sulaim bahawa Nabi saw ada bersabda dipadang Arafah , sabdanya :- " Hai manusia , lazim atas tiap-tiap ahli sesuatu rumah , disetiap-tiap tahun melakukan korban dan 'atirah' . ('atirah' ialah sembelihan dibulan rejab )
Hadith ini diriwayatkan Ahmad , abu Daud , At Tirmidzi , Ibn Majah . Kata Tirmidzi :- hadith ini hasan


Waktu korban
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Al-Bar' juga bahawa Nabi saw bersabda :- " Barangsiapa menyembelih sebelum solat maka hanyasanya ia menyembelih untuk dirinya sendiri ( yakni tidak dipandang sah menjadi korban ) , dan barang siapa menyembelih sesudah solat , maka sempurnalah ibadatnya dan bersesuaianlah perkerjaanya dengan sunnah orang muslim"

Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Bara' : " Rasullullah telah berkhutbah dihadapan kami pada hari nahar (hari raya ) , dan beliau berkata , seseorang jangan berkorban sehingga ia bersolat" .

Akhir waktu berkorban
Bersandarkan hadith yang diberitakan Ahmad dan Sulaiman Ibn Musa dari Jabir ibn Muth'im bahawa Nabi saw bersabda : " Segala hari tasyriq itu , hari menyembelih"

Di riwayatkan oleh An Nawawi dalam syarah Muslim dan Ibnul Qaiyim dalam Zadul Ma'ad bahawa 'Ali ra berkata : " Hari menyembelih itu ialah Hari korban dan tiga hari sesudahnya"

Daging Korban tidak boleh dijadikan sebagai Upah
Tidak boleh daging korban itu dibelikan buat Upah kepada tukang sembelih .
Diriwayatkan oleh Al Bukhari , Muslim dari Ali ibn Abi Talib ujarnya :- " Rasullullah telah menyuruhku untuk mengurus binatang sembelihannya , dan mensedekahkan daging-dagingnya , kulit-kulitnya dan pakaian-pakaiannya . Dan beliau tiada membolehkan aku memberi apa-apa daripadanya kepada pemotong ( tukang sembelih) . Atau Ali berkata : Kami memberikan kepada pemotong (tukang sembelih) dari bahagian yang ada pada kami"

Hadith ini menunjukan kepada tidak boleh kita membeli / mengambil sebahagian daging korban dan diberi sebagai Upah kepada pemotong (tukang sembelih) .

Daging korban tak boleh dijual .
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abi Sa'id bahawa Qatadah Ibnun Nu'man menerangkan :- "Bahawanya Nabi saw pada suatu hari berdiri berpidato . Diantaranya beliau sabdanya :- Aku telah menegah kamu makan daging korban lebih dari tiga hari supaya ia memberi keluasan kepadamu dan sekarang aku bolehkan yang demikian itu . Makanlah ( daging itu ) seberapa kamu hendaki . Dan jangan sekali-kali kamu jual dagaing had-yi ( sembelihan orang haji) dan daging korban . Makanlah dan sedekahkanlah serta pergunakanlah kulitnya , jangan kamu menjualnya , , dan jika orang memberikan kepadamu , makanlah bebarap yang kamu kehendaki".

Jelas dan nyata dari hadith ini , tidak boleh kita menjual daging korban dan kulitnya .
Sebahagian ulam diantaranya Al Auzaa'y , Ahmad dan Ishaq membolehkan kita mejual kulit korban itu dan kemudian kita berikan harganya kepada fakir miskin .

Diriwayatkan dari Muhammad bin Al Hasan , bahawa beliau berpendapat : kulit daging korban itu boleh dijual tetapi wang hasil penjualannya tak boleh dibelikan sesuatu yang dimakan , tetapi boleh kita belikan kepada sesuatu keperluan rumah .

Kata Ats Tsaury : tidak boleh dijual kulit daging korban hanya dijadikan tempat air , atau sesuatu keperluan lain di rumah .

faqir disisi Allah swt
haji bahari haji salleh
1430 / 2009

0 comments: