Search

Meninggalkan Maksiat

0 comments

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat)hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar).

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya.

" Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badan nya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya" . Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.

Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.

Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.

"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65.

1) Menjaga Mata

Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2) Menjaga Telinga

telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain. Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."

3) Menjaga lidah

Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.

Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.

4) Menjaga perut

Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.

5) Menjaga Kemaluan

Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.

6) Menjaga Dua Tangan

Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7) Menjaga Dua Kaki

Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.

Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur) terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.

Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali)

Wasiat Nabi Buat Wanita

0 comments

Sayidina Ali kwj menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah Az-Zahra . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis Beliau menjawab : “ Pada malan aku di isra’kan , aku melihat perempuan perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan . Itu sebabnya mengapa aku menangis .Kerana menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya .
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya .Jawab Rasullullah saw


Aku melihat ada perempuan digantung rambutnya , otaknya mendidih ”

Aku melihat perempuan tergantung lidahnya , tangannya diikat kebelakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun ubunnya , diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri , dibawahnya dinyalakan api neraka.

Aku lihat perempuan yang bermuka hitam , memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta , dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka , otaknya keluar dari lubang hidung , badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar , beribu ribu kesengsaraan dihadapinya .

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing , sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan besi dari api neraka.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu ? Rasullullah saw menjawab : “ Wahai putriku adapun :-

Perempuan yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambut ( Aurat) sehingga terlihat oleh laki laki yang bukan muhrimnya .

Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya

Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya , ia keluar rumah tanpa izin suaminya , dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas .

Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain .

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain dan berhias supaya kecantikkannya dilihat laki laki yang bukan muhrimnya .

Perempuan yang diikat kedua kakinya dan tangannya keatas ubun ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia boleh solat tapi tidak mengerjakan dan tidak mahu mandi junub

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah perempuan yang suka mengumpat dan pendusta .

Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suaminya .

Apabila mendengar itu , Sayidina Ali kwj dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Semua siksaan itu adalah hasil dari kejahilan kita terhadap agama . Suami /Bapa dan mereka yang bertanggungjawab terhadap keluarganya hendaklah memastikan ahli keluarga mereka tidak melakukan kemungkaran yang menyebabkan kita disiksa oleh Allah swt seperti mana yang Nabi saw lihat dalam peristiwa Isra’ Mi’raj .

Yang Perlu Kita Tahu Tentang Syaitan

0 comments

Pintu syaitan yang ada didalam diri kita .

1 - Pintu marah ( 10 sifat muzmumah) .
2 - Cinta dunia ( takut akan mati ) .
3 - Kebodohan ( keengganan menghadiri majlis ilmu ) .
4 - Panjang angan angan .
5 - Rakus .
6 - Bakhil .
7 - Suka pada pujian .
8 - Riak .
9 - Ujub ( rasa kagum ) .
10- Takut dan gelisah .
11- Buruk sangka ( dengan Allah swt dan dengan manusia ) .
12- Memandang rendah pada orang lain .
13- Merasa suka pada dosa .- Merasa aman daripada pembalasan Allah .
14- Putus asa daripada rahmat Allah .

Senjata menghalang syaitan .

1 - Membaca 'Bismillah' dalam perkerjaan yang baik ( menjadi kunci pada perbuatan baik )
2 - Banyakkan berzikir .
3 - Banyakkan beristigfar .
4 - Baca ' la i la ha illa anta subha naka ini kuntu minaz zoli min' .
5 - Jangan tidur berseorangan .
6 - Baca doa pagi dan petang .
7 - Bersugi .
8 - Melaksanakan solat berjemaah ( di masjid/suaru/di rumah ) .
9 - Berwudhu sebelum tidur .
10- Menutup aurat .
11- Membaca doa masuk tandas .
12- Banyak berselawat pada hati .
13- Bertaubat , beristigfar .
14- Banyakkan baca Al-Qur'an .
15- Membaca surah Yassin / surah Kahfi' .

Rumah yang tidak dimasuki syaitan .

1 - Rumah yang bersih ( dari benda yang menghalang malaikat Rahmat masuk ) .
2 - Penghuni membaca ' Bismillah ' ketika memasuki rumah , berdoa ketika keluar rumah .
3 - Sentiasa berzikir ( ahli rumah menegakkan solat , membaca Al-Qur'an ) .
4 - Penghuninya jujur dan memenuhi janji .
5 - Penghuninya memakan makanan yang halal ( dan cara mendapatkannya halal ) .
6 - Penghuninya mengekalkan silaturahim .
7 - Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa .

Musuh-Musuh Iblis Laknatullah

0 comments

Allah swt memerentahkan Iblis bertemu Nabi Muhammad saw dan memberitahu apa saja yang ditanya oleh Nabi Muhammad saw
Nabi Muhammad saw bertanya siapa engkau ?

jawab Iblis : aku adalah iblis dan diperintahkan oleh Allah swt bertemu dengan Mu .
Nabi Muhammad saw bertanya siapakah musuhmu ?

Jawab Iblis musuh ku ada 15 golongan .

1 . Diri Mu sendiri ( Nabi Muhammad saw )
2 . Ketua ( pemerentah ) yang Adil
3 . Orang kaya yang tawadduk
4 . Peniaga yang jujur
5 . Orang yang khusyuk dalam solat
6 . Orang mukmin yang memberi nasihat
7 . Orang mukmin berkasih sayang sesama mukmin yang lain
8 . Orang yang sentiasa bertaubat atas kesalahannya
9 . Orang sentiasa menjauhi perkara yang haram
10. Orang mukmin yang sentiasa bersuci ( hadas besar & kecil)
11. Orang mukmin yang dermawan
12. Orang mukmin yang baik akhlaknya ( terhadap Allah & manusia)
13. Orang mukmin yang memberi manfaat kepada orang mukmin yang lain
14.Orang mukmin yang hafal Al Qur'an dan sentiasa membacanya dan menghayatinya
15.Orang mukmin yang bangun malam untuk beribadah (tahajjud)


Iblis berkata : inilah musuh-musuh ku , jika sebaliknya mereka adalah sahabat ku .

9 Jenis Anak Syaitan

0 comments

Umar al-Khattab ra berkata , terdapat 9 jenis anak syaitan :

1 . Zalituun
Duduk dipasar / kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat .
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang barang yang tidak
perlu , melalaikan manusia sehingga luput waktu solat .

2 . Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap
Allah swt .

3 . A’awan
Menghasud Sultan/Raja/Pemerentah supaya tidak mendekati rakyat .
Seronok dengan kedudukan/Kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak
mahu mendengar nasihat para Ulama .

4 . Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol ( minum arak ) . Suka menghampiri orang yang berada di tempat maksiat / berkawan dengan orang yang mengekalkan maksiat .

5 . Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang suka muzik sehingga lupa kepada
Allah swt . Mereka ini tenggelam dalam keseronokkan dan glamour

6 . Masuud
Duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah , gosip , umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata kata mulut

7 . Daasim
Duduk dipintu rumah kita . Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah .
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga . , isteri bercerai
berai , suami bertindak ganas , memukul isteri , isteri hilang pertimbangan menuntut cerai ,anak anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumah tangga ,
( Berilah salam sebelum masuk ke rumah )

8 . Walahaan
Menimbulkan rasa was was dalan diri manusia khususnya ketika berwudhu dan solat
dan menjejaskan ibadat ibadat kita yang lain .

9 . Lakhuus
Merupakan sahabat orang majusi yang menyembah api/matahari

5 ISME YANG MENYERANG UMMAT ISLAM MUTA'AKHIR INI

0 comments

SEKULARISME
Bertujuan memisahkan kehidupan manusia dari agama . Asalnya bertujuaan untuk kepentingan ekonomi , sosial dan politik pemerentah . Mereka melihat agama adalah suatu penghalang kepada tujuan dan kepentingan dunia mereka . Sasaran serangan pemikiran ini ialah kepada semua ummat Islam seluruh dunia . Ramai ummat Islam terpengaruh dengannya , lantas melihat dunia ini terbahagi dua . Islam hanya dilihat dari sudut spiritual seperti adanya pada agama agama lain . Sedangkan Islam bukan begitu , kerana ISLAM ADALAH SUATU SISTEM KEHIDUPAN . Islam itu syumul .

GLOBALISME
Bertujuan untuk menyebarluaskan fahaman fahaman songsang agar masuk ke dalam setiap kotak pemikiran ummat manusia , terutama ummat Islam . Dengan Globalisme , idea idea seperti sekularisme , nasionalisme , hedonisme , liberalisme , pluralisme dan pelbagai bentuk serangan pemikiran mudah menembusi setiap dunia dan negara negara ummat Islam . Sasaran serangan ialah negara negara ummat Islam .

HEDONISME
Bertujuan untuk menanamkan ke dalam setiap sanubari remaja muslim akan keseronokkan berhibur adalah segala segalanya dalam kehidupan ini . Kemahuan dan kecenderungan nafsu di layan tanpa sempadan . Hasilnya , artis menjadi pujaan , konset konset di mana mana , iklan hiburan setiap pelusuk ruang , impian dan cita cita remaja lebih mahu menjadi glamour dan selebriti dan 1001 macam perkara buruk yang kita boleh nampak sendiri Maka tersebar pesta maksiat , zina , mabuk arak dadah dll . Sasaran serangan ialah remaja muslim . Malah ramai golongan pemimpin dan pemerentah terpengaruh dengannya lantaran nafsu yang menjadi pemandu kepada jiwa .

LIBERALISME
Bertujuan untuk memesongkan kefahaman Islam di kalangan ummat Islam moden . Sikap keterbukaan melampau dan toleransi tak bersempadan ini membuat manusia , khususnya ummat Islam berfikiran hanya mengunakan logik akal . Sedangkan di dalam Islam ,ia bukan terdiri dari elemen zahir semata mata , malah ghaib juga . Maka , akal pemikiran tidak selalu dapat berfikir akan logiknya sesuatu suruhan dan larangan agama . Kalam Allah mahu mereka tafsir mengikut akal logik semata mata dan hadith hadith Rasullullah mahu diketepikan oleh mereka . Sasaran serangan ialah para intelektual dan profesional muslim . Disebabkan kecerdikkan dan kecanggihan pemikiran , maka mahu dibawa juga Islam ini ke dalam dunia kelogokkan , fakta fakta dan pembuktian sains .

PLURALISME
Bertujuan untuk menyamakan sekelian ummat manusia dari sudut agama dan kepercayaan . “Semua Agana Sama” ialah frasa yang sering mereka canagkan . Sedangkan agama disisi Allah hanya sanya Islam . “ Inna addin ‘indaAllahi Islam “ . “ Islam ya’lu wala yu’la wala yu’la ‘alaih ( islam itu tinggi , dan tiada yang lebih tinggi dariNya ) . Kepercayaan songsang ini menyebabkan ramai di kalangan kita meredhai perayaan dan kepercayaan agama lain , sedangkan Islam melarangnya . Sasaran serangan ini ialah para pemimpin dan pemerentah ummat Islam .

Sesungguhnya kita ummat Islam sentiasa harus berwaspada tentang serangan pemikiran yang tersenarai di atas . Malah banyak lagi sebenarnya di luar sana . Berhati hati dengan perancangan halus mereka . Dan kita harus bersatu menentangnya . Ini kerana perjuangan kebenaran tanpa perancangan , mudah dikalahkan dengan perancangan teliti walaupun batil .
Berpegang kepada Islam ini sungguh sungguh umpama kuatnya gigitan geraham yang kuat .

Iman Semut

0 comments

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaimanpun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanancukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahaisemut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebijigandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekasdengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makansebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebijigandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kemudian aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahajasupaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!! IMAN MANUSIA?? Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bilaada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balikkerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Mungkar Nangkir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali,dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Pengenalan

1 comments




Assalamualaikum Pembuka Bicara...