Search

Pembaziran Yang Tidak Disedari

0 comments

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Tapai (Ubi/Pulut) Halal atau Haram

1 comments

“Arak ialah Alkohol dlm bentuk ethyl alcohol dan merupakan sejenis dadah
yang bertindak ke atas otak manusia dan seringkali menyebabkan ketagihan. Ia
dihasilkan oleh sel2 ragi atau yeast yg bertindak ke atas karbohidrat yang
terdpt dlm buah2an atau biji2an.”

Definisi arak sebenarnya ialah: Sesuatu yang mengandungi alkohol yang
memabukkan dan dikenali juga dengan panggilan minuman keras.

Semua arak mengandungi alkohol dari jenis ethyl alkohol atau pun nama
lainnya etanol tetapi etanol semata-mata adalah bukan arak kerana tidak ada
pun arak yang terdiri semata-mata hanya etanol. Tambahan pula etanol selain
boleh dihasilkan dari proses penapaian ragi / yeast , ia juga boleh
dihasilkan di dalam makmal tanpa melibatkan langsung proses penapaian.

Secara umumnya, arak boleh di kategorikan kepada:
1. Bir mengandungi 6% alkohol etanol
2. Wain yang mengandungi 10-20% alkohol etanol
3. Wiski yang mengandungi 35% alkohol etanol

Apa yang diharamkan oleh Islam adalah arak yang mana arak ini terdiri
daripada air, karbohidrat (glukos), mineral, vitamin dan etanol iaitu
sejenis alkohol.

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, daripada Ibn Umar mafhumnya:
“Daripada Ibn Umar, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda; semua yang
memabukkan adalah arak, dan semua yang memabukkan adalah haram”.

Jumhur ulamak mengelaskan arak sebagai najis. Apabila arak ini dikategorikan
sebagai najis, apa yang najis bukanlah etanol sahaja yang terkandung di
dalam botol arak tetapi apa yang dihukumkan najis adalah juga keseluruhan
arak yang terdiri daripada air, karbohidrat, mineral, vitamin dan etanol.
Air di dalam arak adalah najis dan begitulah juga vitamin yang terkandung di
dalam arak. Sekiranya diasingkan air daripada minuman arak yang 100% terdiri
hanya air, ia adalah tetap di katakan najis kerana air ini berasal dari
najis arak. Sekiranya etanol dari arak ini diasingkan lalu menjadi 100%
etanol, ia tetap najis kerana berasal dari najis arak. Namun sebarang etanol
yang diperolehi selain daripada arak, ia adalah tidak najis. Kebanyakan
alkohol di makmal tidak diperolehi daripada arak.

Nasi yang dimasak pada tengahari atau petang apabila dibiarkan semalaman
lalu di makan keesokan harinya, ia sudah mengandungi sedikit alkohol.
Alkohol di dalam nasi ini boleh diasingkan melalui proses penyulingan.
Persoalannya adakah nasi yang berusia hampir 24 jam ini dihukum sebagai
haram kerana mengandungi etanol?? Hukumnya tetap halal dan masih harus
dimakan kerana nasi ini tidak memabukkan hatta kalau dimakan sebanyak 3
pinggan.

Tapai pulut dan tapai ubi sangat sedap sekali. Ia dibuat dengan memasak
pulut atau ubi sehingga masak dan setelah masak ia disejukkan pada suhu
bilik. Selepas sejuk ia dicampurkan dengan ragi yang sudah ditumbuk halus.
Kemudian ia dibungkus atau dibiarkan dalam periuk atau sebarang bekas selama
2 atau 3 hari. Menjadilah makanan ini tapai pulut atau tapai ubi. Amat manis
sekali dan sungguh menyegarkan.

Proses membuat tapai ini dinamakan Proses Penapaian di mana yeast atau ragi
tersebut menukarkan karbohidrat kanji di dalam pulut atau ubi menjadi glukos
di samping pembebasan air, karbon dioksida dan pelbagai vitamin lain sebagai
hasil sampingan. Proses penukaran karbohidrat kepada glukos ini tidak
terhenti disitu kerana ragi /yeast akan terus menukarkan glukos yang
terbentuk kepada etanol.

Daripada penjelasan ini bermakna, tapai ubi / pulut yang telah diperam
selama 2 atau 3 hari tersebut telah mengandungi air, glukos, etanol selain
vitamin dan produk lain. Persoalannya ialah adakah tapai ini haram dan najis
kerana kandungan di dalamnya adalah menyamai dengan minuman bir?

Jawapan kepada persoalan ini ialah tapai pada usia 2 atau 3 hari ini adalah
halal kerana ia bukan sesuatu yang memabukkan. Kalau minum / makan tapai
dengan kuantiti banyak pun memang ia tidak memabukkan. Tapai pada usia ini
iaitu 2 atau 3 hari hanya mengandungi sedikit kandungan alkohol etanol namun
kandungan etanol dalam tapai ini adalah lebih tinggi daripada nasi yang
sudah berumur hampir 24 jam.

Apabila tapai pulut atau tapai ubi ini dibiarkan pada suhu bilik untuk
beberapa hari lagi, lebih banyak karbohidrat kanji ditukarkan kepada glukos
dan etanol. Tapai yang sudah berusia 6 hari rasanya walaupun manis namun
terdapat rasa yang tidak enak dan rasa ini sebenarnya adalah disebabkan rasa
etanol. Pada usia tapai 6 hari ini, kandungan etanol di dalam tapai boleh
menjangkau lebih daripada 6 atau 7 peratus iaitu menyamai kandungan etanol
di dalam bir. Sekiranya kita makan tapai ini bersama airnya dalam kuantiti
satu gelas besar, insya-Allah muka akan menjadi warna kemerahan dan kepala
mula pening dan inilah yang dikatakan MABUK. Pada tahap ini tapai yang
asalnya adalah harus telah menjadi haram kerana ia memabukkan.


Bagi mereka yang ingin sekali minum arak, mereka selalu berhujah “saya tahu
bir memabukkan tetapi kalau saya minum sedikit bir pastinya ia tidak
memabukkan”. Persoalan seperti ini adalah persoalan yang diajarkan oleh
syaitan semoga manusia minum bir.

Jumhur ulamak telah memutuskan bahawa “setiap yang apabila diminum banyak
memabukkan, maka sedikit pun adalah diharamkan.” Berdasarkan ketetapan ini
maka bir adalah diharamkan sama ada ia diminum sedikit atau pun banyak.

Terdapat minuman bir tanpa alkohol dan adakah minuman ini diharuskan?? Dari
penjelasan saya di atas telah dinyatakan bahawa minuman arak adalah najis.
Najis ini merangkumi segala komponen arak ini termasuk air, glukos, etanol,
vitamin dan segala garam galiannya. Sekiranya arak yang terbentuk ini
disuling untuk mengeluarkan segala alkohol etanolnya sehingga tidak ada lagi
baki etanol dalam arak ini, umat islam tetap tidak boleh minum arak tiada
alkohol ini kerana ia adalah tetap dihukumkan sebagai najis.

Pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan di Ipoh pada
11-14 April, 1984, Majlis Fatwa telah mcngambil keputusan tentang alkohol
iaitu:
1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol
itu daripada arak. Alkohol daripada proses pembuatan arak hukumnya haram dan
najis tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak
hukumnya tidak najis tetapi haram diminum Berdasarkan keputusan ini,
pembuatan Mousy dan Malt Extract adalah haram.

2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada
mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram
diminum.

3. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bahan
yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.

**4. Tapai halal dimakan

5. Alkohol yang terjadi secara sampingan dalam proses pembuatan makanan
tidak najis dan boIeh dimakan.
6. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol hukumnya harus dan
dimaafkan.

** Apa yang perlu ditegaskan berhubung keputusan majlis fatwa nombor 4 di atas
yang mengatakan bahawa tapai halal dimakan adalah tidak mencukupi atau tidak
lengkap. Memanglah tapai yang berusia 2-4 hari adalah halal dimakan dan
tidak memabukkan tetapi tapai yang dibiarkan pada suhu bilik melebihi 5 atau
6 hari adalah haram dan memabukkan. Namun tapai yang dibeli dan disimpan di
dalam peti sejuk insya-Allah boleh terus dimakan walaupun berusia seminggu
kerana proses penapaian oleh ragi / yeast adalah teramat perlahan apabila
disimpan di dalam peti sejuk kerana suhunya yang rendah.


Apa yang menarik sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Islam ialah apabila
arak ini telah bertukar kepada cuka, ia menjadi halal semula. Bermula
sebagai halal iaitu pulut dan ubi serta tapai, kemudian ia bertukar kepada
haram apabila menjadi minuman memabukkan namun apabila ia bertukar kepada
cuka, ia kembali halal walau pun di dalam cuka ini mengandungi sedikit
etanol yang masih belum sempat bertukar.

Karbohidrat kanji (halal) => glukos (halal) => etanol (sedikit halal banyak
haram) => cuka (halal)

Doa Hari Arafah

0 comments

Doa ini dibaca pada hari Wuquf pada 26/11/09 selepas solat Asar , sunat juga puasa pada hari tersebut .

Doa dimulai dengan puji Allah dan puji Rasul dalam bahasa arab

Ya Allah ya Tuhan kami , ini lah hamba mu yang lemah lagi doif serta hina datang sujud kepada mu dengan mengharapkan ke ampunan dari mu ya Allah .

Ya Allah ampunkan lah dosa kedua ibu bapa kami , kasihan lah mereka seperti mana mereka mengasihani kami sejak kami di lahirkan di muka bumi ini ya Allah .

Kurniakan lah Hidayah dan Taufik Mu kepada mereka , jauhi lah mereka dari segala mara bahaya di dunia dan di akhirat serta pandangi lah mereka dengan pandangan limpah rahmat mu serta kasih sayang mu .

Ya Allah kasihani lah mereka , lapangi lah kubur mereka , tempat kan mereka bersama orang orang yang mendapat kasih sayang mu , terangi lah kubur mereka , terima lah amal mereka , sampaikanlah doa kami kepada mereka .

Ya Allah amat besar pengorbanan mereka kepada kami , jika kami hendak membalas jasa mereka dengan dunia dan isi nya maka tidak terbalas oleh kami ya Allah , hanya doa dari kami pohonkan kepada mu agar Kau rahmati mereka serta lindongi mereka ya Allah .

Ya Allah ya Tuhan kami ampuni lah dosa kami , kami telah menzalimi diri , ampuni lah dosa kami sama ada dosa yang nyata atau tersembunyi , sesungguh nya Engkau Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang kami lakukan .

Ya Allah ya Tuhan kami ampuni lah dosa anak anak kami serta mereka yang di bawah tanggungan kami , amat lemah diri kami , tiada lah daya upaya kami melainkan dengan izin dan limpah rahmat mu . Ya Allah berilah kekuatan serta Ilmu yang berguna agar kami dapat mendidik anak anak kami sepertimana yang engkau kehendaki .

Ya Allah ya Tuhan kami , kurniakan lah kapada kami anak anak yang soleh dan solehah , anak anak yang mendoakan kedua ibu bapa nya .

Ya Allah ya Tuhan , kurniakan kepada kami dan anak anak kami kejayaan di dunia dan di akhirat , kurniakan lah sedikit Ilmu dari Ilmu Ilmu Mu yang luas kepada kami , jadikan kami orang orang yang beramal dengan Ilmu Ilmu Mu , jadikan kami orang orang yang bertawakkal kepada Mu , bertakwa kepada Mu dan mempertahankan Agama Mu .

Ya Allah , hiasi lah diri kami anak anak kami dengan sifat sifat Mahmudah (terpuji) , jauhi lah dari kami akan sifat sifat Mazmumah (terkeji) , serta lindongi lah kami dari fitnah manusia , jin , syaitan , iblis , hawa nafsu yang jahat , dunia yang melalaikan dan dajjal yang sesat lagi meyesatkan

Ya Allah , sampaikan selawat dan salam kami keatas junjungan Nabi Muhammad saw , keluarga baginda , sahabat sahabat baginda serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga akhir dunia . Kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan akhirat seperti mana Kau kurniakan kepada mereka yang engkau redo'i .

Ya Allah , saudara saudara kami datang menyahut seruan Mu dan menyambut seruan Nabi Mu ke tanah suci untuk mengerjakan Haji dan Umrah serta menziarahi Kekasih Mu Nabi Muhammad saw . Jadikan lah Haji dan Umrah serta amalan mereka sebagai amalan yang diterima .

Ya Allah , jadikan lah kedatangan mereka ini sebagai ibadat , jauhi lah dari mereka dari sifat terkeji sama ada semasa mereka berada di tanah suci atau sekembali nya ke tanah air .

Ya Allah bimbingi lah kami dan saudara kami ke jalan yang kau redo'i , jauhi lah kami dari jalan kemurkaan Mu Ya Allah .

Ya Allah , dengan rasa rendah diri kami tunduk kepada Mu , kami sujud kepada Mu , pandangi lah kami dengan pandangan limpah rahmat Mu , rahmati lah hidup kami , halalkan rezeki kami , ikhlaskan lah segala amalan kami dan kami redo atas segala yang telah Kau tentukan keatas kami .

Ya Allah , kami memohon perlindongan dari atas segala fitnah dunia yang melalaikan , syaitan , iblis , hawa nafsu yang jahat dan manusia yang dengki terhadap kami .

Ya Allah , sesungguh nya kami tidak layak memasuki syurga Mu dengan amal kami , dan kami juga tidak sanggup memasuki neraka Mu atas kesalahan kami , dengan itu ya Allah masukan lah kami ke syurga Mu dengan limpah rahmat Mu .

Ya Allah , amat sedikit amalan kami , dan banyak pula dosa kami terhadap Mu , dosa kami terhadap ibu bapa kami , anak anak kami , saudara saudara kami , sahabat sahabat kami , serta mereka yang di bawah tanggungan kami , dengan itu kami memohon dengan rasa rendah diri kami terhadap Mu dan atas kebesaran Mu serta Maha Pengampun dan Penyayang Mu terhadap hamba Mu , maka ampuni lah dosa kami , jika Engkau tidak mengampuni dosa kami maka kami termasuk dalam gulongan orang orang yang rugi di dunia dan di akhirat .

Ya Allah , kami memohon kepada Mu sampaikan lah kami , anak anak kami , guru guru kami , saudara saudara kami , kenalan kami dan mereka yang di bawah tanggungan kami ke Tanah Suci Mu , sebagaimana sampai nya saudara saudara kami ya Allah . Kurniakanlah rahmat Mu kepada kami seperti mana engkau memberi kepada saudara kami , limpahkan lah rezeki Mu di dunia ini kepada kami dan mereka , jadikan kami di antara hamba hamba Mu yang sentiasa bersyukur akan nikmat Mu . Kami bersyukur kan nikmat Iman , Islam , Ilmu dan amal yang engkau kurniakan kepada kami dan mereka .

Ya Allah , jadikan kami di antara hamba hamba Mu yang beramal seperti mana yang diajar oleh Junjungan Nabi Muhammad saw , tunjukan kami jalan yang benar seperti mana Engkau tunjukkan kepada mereka ia itu , para Siddiqin , para Suhada , para Solihen dan mereka yang Engkau redo'i .

Ya Allah , hanya kepada Mu kami meletakan segala pengharapan dan pergantungan , tiada daya upaya kami melainkan dengan izin dan limpah rahmat Mu . Maha Suci Allah Engkau yang Maha Gagah , Maha Melihat , Maha Pemurah , dan Maha Suci Mu dari apa yang orang kafir fikirkan .

Ya Allah , jadikan lah kami hamba hamba Mu yang sentiasa mengingati Mu dalam keadaan senang , susah , sihat , sakit , gembira , derita serta hidupkan hati hati kami untuk mengingati Mu setiap masa dan ketika .

Ya Allah , ampuni dosa kami dan mereka yang di bawah tanggungan kami , atas kejahilan kami dan kelemahan kami , ya Allah berilah kami kefahaman dalam menghayati agama Mu dan memahami hukum hakam Mu , kurniakan kesabaran , kefahaman , dan sehat tubuh badan sepanjang hayat kami , sehingga kami bertemu dengan Mu .

Ya Allah , dengarlah rintihan dari kami ini , terima lah doa kami , ibadat kami pengorbanan kami yang tidak seberapa , serta serba kekurangan , hanya Engkau yang Maha mengetahui atas segala sesuatu , jadikan kami orang orang yang Engkau redo'i , sesungguh nya hidup , mati kami , ibadat kami hanya kerana Mu ya Allah .

Ya Allah , kami memohon kepada mu kurniakan lah hidayah dan taufik mu kepada kami , kekalkan kami dalam agama mu , jauhilah kami dari perkara perkara yang menghalang kami untuk taat kepadamui .

Ya Allah ya Tuhan kami berilah pertolongan kepada semua umat islam di seluruh pelusuk bumi ini , bantulah mereka untuk menghancorkan gulongan kuffar .

Ya Allah ya Tuhan kami perkenankanlah doa kami , kurniakan rahmat mu kepada kami seperti mana engkau mengurniakan rahmat mu kepada kekasih Mu Nabi Muhammad saw , keluarga baginda , sahabat sahabat baginda dan mereka mereka yang mendapat keredoan Mu .

Ya Allah , sesungguh nya engkau Maha Pemurah , Pengasih , Penyayang dan Maha suci engkau yang memiliki segala keagungan , hanya kepada Mu lah kami meletakan segala pengharapan pergantungan dan hanya kepada Mu kami menyerah diri , pandangilah kami dengan pandangan kasih sayang Mu ya Allah , lindongilah kami dari segala fitnah dunia dan fitnah kubor .


Doa di akhiri dengan puji Allah dan puji Nabi Muhammad saw ( dalam bahasa arab)

faqir disisi Allah swt
Haji Bahari Haji Saleh

Kempen Barangan Dalam Masjid

0 comments

Soalan: Pandangan Dr MAZA mengenai sesetengah penceramah yang berkempen atau menjual barangan mereka dalam masjid

Jawapan: Dukacita sebahagian penceramah, menjadikan masjid dan surau sebagai platform mengiklankan barang-barang jualan mereka. Atau mengiklan produk-produk mereka yang disokong oleh dalil-dalil yang kebanyakannya tidak benar. Namun masyarakat umum yang telah memberi kepercayaan, ramai yang termakan.

Akhirnya masjid menjadi pusat iklan barangan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Sedangkan peniaga-peniaga lain tidak ada peluang. Kalau satu syarikat diizinkan, mengapa syarikat yang lain tidak? Jika semuanya diizinkan, jadilah masjid bagaikan ‘pasar lambak’ tempat peniaga mengiklankan barangan mereka. Nabi s.a.w menyebut:

مَنْ سَمِعَ رَجُلًا يَنْشُدُ ضَالَّةً فِي الْمَسْجِدِ فَلْيَقُلْ لَا رَدَّهَا اللَّهُ عَلَيْكَ فَإِنَّ الْمَسَاجِدَ لَمْ تُبْنَ لِهَذَا

“Sesiapa yang mendengar seseorang mengistiharkan barangan hilang dalam masjid, maka hendaklah dia berkata: “Semoga Allah tidak akan mengembalikannya kepadamu, sesungguhnya masjid tidak dibina untuk ini”. (Riwayat Muslim).

Jika mengumumkan barangan hilang dalam masjid kerana itu dilarang kerana memalingkan maksud atau tujuan masjid sebagai pusat tumpuan ibadah, bagaimana mungkin untuk mereka berkempen barang jualan di dalamnya?

إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي الْمَسْجِدِ فَقُولُوا لَا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ

“Jika kamu melihat seseorang menjual atau membeli di masjid, maka katakanlah: ALLAH tidak akan menguntungkan perniagaanmu..” (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Maka perbuatan tersebuat adalah dilarang berdasarkan nas-nas di atas.

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Karenah Perkahwinan

0 comments

Kerenah perkahwinan ini sering berlaku ditengah masyarakat kita , sehingga pasangan yang hendak bernikah menjadi takut .Kita pula masyarakat awan pun terikut-ikut dengan budaya ini . Proses perkahwinan ini yang sepatutnya menjadi mudah , kita susahkan dengan pendapat/pandangan cara yang tidak tepat pada syarak .
Hal ini penting untuk dijelaskan terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga 'ketidak fahaman' tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama . Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat 'nikmat seks' secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan- kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf 'jenama keluarga'. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat 'nafsu seks' hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya 'ditumbangkan' seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.

Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:

"Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; "kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?". Ini tidak termasuk hantaran yang melampau dari kadar biasa yang kadang kala membebankan satu pehak . Ada yang berhutang / meminjam pada bank dan koperasi bagi memenuhi kehendak nafsu menunjuk-nunjuk dari pehak keluarga . Hutang ini akan ditanggung oleh pasangan ini sehinggakan beranak empat atau lima masih lagi belum dapat diselesaikan . Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal hantaran yang mudah itu penuh dengan kebekatan seperti apa yang disebut oleh Nabi .

Sepatutnya si bapa bertanya: "kau dah ada pasangan ke?". Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang 'berjenama' dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin.." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.

Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta.. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut "saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah", lalu bakal suami menjawab: "saya terima, atau saya bersetuju" atau mungkin ditambah "saya terima nikahnya" atau "saya bersetuju bernikah dengannya" seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi'i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

"Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: "Nikahkan saya dengan anak perempuan awak", lalu si bapa itu menjawab: "Aku nikahkan engkau". Atau si bapa berkata kepada bakal suami: "bernikahlah dengan anak perempuanku" . Lalu bakal suami menjawab: "aku nikahinya". Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:"Nikahilah dia denganku". Jawab Nabi s.a.w..: "Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu". (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: "Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan", lalu dia menjawab: "Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima".

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut:

"Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan". (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: "aku terima nikahnya". Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai 'sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Wallahua'alam

KEUTAMAAN KORBAN ( DALIL AL-QUR'AN & SUNNAH NABI )

0 comments

Korban

Firman Allah swt :- "Dan baca olehmu untuk mereka khabar berita , dikala anak Adam itu mempersembahkan korbannya maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya serta menolak korban yang seorang lagi" Al-Maidah :- 27

Firman Allah swt :- "Manakala Ismail telah besar sedikit , Ibrahim berkata kepada anaknya itu " hai anakku , bahawasanya aku bermimpi agar aku menyembelihmu , maka betapa fikiranmu? " Ismail menjawab: " Wahai bapaku , perbuatkanlah apa yang diperentahkan , engkau akan dapati -InsyaAllah aku dari orang-orang yang sabar" . Maka manakala Ismail telah menyerah dirinya , dan telah dibaringkan , Kami berseru Ibrahim , engkau telah laksanakan mimpimu , dengan benar dan bahawasanya kami akan memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat baik . Sesungguhnya ini adalah suatu percubaan yang nyata dan telah kami tebus Ismail itu dengan seekor kibasy yang besar" Ash Shaffat :- 107

Maksud korban yang sebenar yang dikehendaki Islam ialah :- "Mendekatkan diri kepada Allah swt semata-mata" .Tidak diboleh sekali-kali menyembelih korban kerana atau untuk seseorang , atau sesuatu yang selain Allah swt sebagaimana tidak boleh kita mengerjakan solat untuk seseorang , begitulah tidak boleh kita berkorban untuk dan kerana seseorang .

Firman Allah swt :- "Maka bersenbahyanglah kamu untuk Tuhanmu , dan sembelihlah korban". Al-Kausar :- 2

Yakni berlaku ikhlaslah kamu dalam mengerjakan solat dan korban untuk Allah swt . Diberitakan oleh Ahmad , Muslim dan An Nasa 'i dari Ali ujarnya :- Telah diceritakan kepadaku , oleh Nabi saw bahawa ada empat perkara yang dikutuk Allah swt .
1 . Allah mengutuk orang yang menyembelih untuk yang selain Allah
2 . Allah mengutuk orang yang melaknatkan dua ibu bapanya
3 . Allah mengutuk orang yang membeli kepada orang-orang yang menambah-nambahkan agama
4 . Allah mengutuk orang yang mengubah-ubah tanda-tanda jalan .


Hukum berkorban
Tentang disyariatkan berkorban tidak ada perselisihan faham , antara ahli agama ( para mujtahidin) . Hanya mereka berselisih dalam menetapkan tentang hukum "suruhan" itu . Ada diantara mereka yang mewajibkan dan ada diantara mereka yang menyunatkan saja , walaupun mereka mengutamakan .

Untuk mengetahui mana diantara pendapat itu yang lebih patut kita pegang dan kita amalkan perhatikanlah penerangan yang dibawah ini :-

1 . Kata Rabi'ah , Al-Auza'y , Abu Hanifah dan An Nakhai sedemikian juga sebahagian pengikut Malik ibn Anas berkata :- " Berkorban itu wajib hukumnya atas mereka yang sanggup menunaikannya" . akan tetapi An Nakhai sendiri mengecualikan orang yang sedang berhaji di Mina .

2 . Kata Muhammad ibn Al Hasan :- " Berkorban itu , wajib atas segala penduduk kota"

3 . Kata 'Atha , Malik , asy Syafi'iy , Ahmad , Abu Yusuf , Ishaq , Abu Tsur , Al Muzany , Ibnul Munzir dan Daud , demikian juga Ibn Hazam :- " Berkorban itu suatu sunat atas orang kaya , bukan suatu perkerjaan yang diwajibkan . Sunat ini mengenai orang yang bermuqim , musafir dan yang sedang mengerjakan haji" ( pada tiap-tiap tahun)

4 . Kata Asy Syaukani dalam Al-Raudlah :- " Adanya perentah berkorban , menunjukkan kepada wajibnya . Perentah itu ditujukan atas tuan rumah . Berkorban itu , jika dikatakan wajib , maka bagi isi satu orang yang mengepalainya , dan bagi orang yang berkeluarga , atau belum mempunyai rumah tangga yang dia urusi , maka atas dirinya"
Dalil untuk menetapkan bahawa berkorban wajib atas ketua keluarga ialah : Keterangan (hadith) yang diriwayatkan Malik dan lain-lain dari Abi Aiyub Al Anshary :- " Selalulah orang orang lelaki dimasa Rasullullah , berkorban dengan seekor kambing untuk dirinya dan ahli kelurganya "

5 . Kata golongan yang mewajibkan , kerana mengingatkan firman Allah swt :- " Maka bersolatlah kamu untuk Tuhanmu dan sembelihlah korban" . Al-Kausar :- 2
Ayat diatas menunjukkan kepada wajibnya berkorban .

6 . Kata golongan yang mewajibkan .
Korban itu wajib , kerana mengingat hadith Nabi yang diberitahukan Abu Hurairah bahawa Nabi memberi ingatan kepada orang yang sanggup berkorban , tapi tidak mahu agar tidak mendekati musalla tempat beliau mengerjakan solat hari raya aidil adha itu .
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abu Hurairah bahawa Rasullullah saw bersabda :-
" Barang siapa mempunyai keluasan ( berkemampuan) tapi tiada mahu berkorban janganlah ia mendekati tempat kami bersolat ini"
( hr Ahmad dan Ibn Majah)


7 . Kata golongan yang mewajibkan .
"Wajib kita berkorban , kerana mengingati hadith Ibn Sulaim bahawa Nabi saw ada bersabda dipadang Arafah , sabdanya :- " Hai manusia , lazim atas tiap-tiap ahli sesuatu rumah , disetiap-tiap tahun melakukan korban dan 'atirah' . ('atirah' ialah sembelihan dibulan rejab )
Hadith ini diriwayatkan Ahmad , abu Daud , At Tirmidzi , Ibn Majah . Kata Tirmidzi :- hadith ini hasan


Waktu korban
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Al-Bar' juga bahawa Nabi saw bersabda :- " Barangsiapa menyembelih sebelum solat maka hanyasanya ia menyembelih untuk dirinya sendiri ( yakni tidak dipandang sah menjadi korban ) , dan barang siapa menyembelih sesudah solat , maka sempurnalah ibadatnya dan bersesuaianlah perkerjaanya dengan sunnah orang muslim"

Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Bara' : " Rasullullah telah berkhutbah dihadapan kami pada hari nahar (hari raya ) , dan beliau berkata , seseorang jangan berkorban sehingga ia bersolat" .

Akhir waktu berkorban
Bersandarkan hadith yang diberitakan Ahmad dan Sulaiman Ibn Musa dari Jabir ibn Muth'im bahawa Nabi saw bersabda : " Segala hari tasyriq itu , hari menyembelih"

Di riwayatkan oleh An Nawawi dalam syarah Muslim dan Ibnul Qaiyim dalam Zadul Ma'ad bahawa 'Ali ra berkata : " Hari menyembelih itu ialah Hari korban dan tiga hari sesudahnya"

Daging Korban tidak boleh dijadikan sebagai Upah
Tidak boleh daging korban itu dibelikan buat Upah kepada tukang sembelih .
Diriwayatkan oleh Al Bukhari , Muslim dari Ali ibn Abi Talib ujarnya :- " Rasullullah telah menyuruhku untuk mengurus binatang sembelihannya , dan mensedekahkan daging-dagingnya , kulit-kulitnya dan pakaian-pakaiannya . Dan beliau tiada membolehkan aku memberi apa-apa daripadanya kepada pemotong ( tukang sembelih) . Atau Ali berkata : Kami memberikan kepada pemotong (tukang sembelih) dari bahagian yang ada pada kami"

Hadith ini menunjukan kepada tidak boleh kita membeli / mengambil sebahagian daging korban dan diberi sebagai Upah kepada pemotong (tukang sembelih) .

Daging korban tak boleh dijual .
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abi Sa'id bahawa Qatadah Ibnun Nu'man menerangkan :- "Bahawanya Nabi saw pada suatu hari berdiri berpidato . Diantaranya beliau sabdanya :- Aku telah menegah kamu makan daging korban lebih dari tiga hari supaya ia memberi keluasan kepadamu dan sekarang aku bolehkan yang demikian itu . Makanlah ( daging itu ) seberapa kamu hendaki . Dan jangan sekali-kali kamu jual dagaing had-yi ( sembelihan orang haji) dan daging korban . Makanlah dan sedekahkanlah serta pergunakanlah kulitnya , jangan kamu menjualnya , , dan jika orang memberikan kepadamu , makanlah bebarap yang kamu kehendaki".

Jelas dan nyata dari hadith ini , tidak boleh kita menjual daging korban dan kulitnya .
Sebahagian ulam diantaranya Al Auzaa'y , Ahmad dan Ishaq membolehkan kita mejual kulit korban itu dan kemudian kita berikan harganya kepada fakir miskin .

Diriwayatkan dari Muhammad bin Al Hasan , bahawa beliau berpendapat : kulit daging korban itu boleh dijual tetapi wang hasil penjualannya tak boleh dibelikan sesuatu yang dimakan , tetapi boleh kita belikan kepada sesuatu keperluan rumah .

Kata Ats Tsaury : tidak boleh dijual kulit daging korban hanya dijadikan tempat air , atau sesuatu keperluan lain di rumah .

faqir disisi Allah swt
haji bahari haji salleh
1430 / 2009

Pakej Umrah 2010

0 comments

Tarikh : 08/04/2010 MADINAH : HOTEL ELAF TAIBAH ATAU SETARAF
Balik : 19/04/2010 MEKAH : DAR AL GHANAAIM ATAU SETARAF
Penerbangan MAS
12 Hari 10 Malam

2 orang sebilik = RM 6,120.00 (Dewasa)
Kanak-kanak = RM 5,470.00

4 orang sebilik = RM 5,790.00 (Dewasa)
Kanak-kanak = RM 5,235.00

Bayi = RM 1,445.00

Untuk Tempahan , Bayaran Wang Pendahuluan RM 1,000.00

(SEMUA JADUAL PENERBANGAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PINDAAN DARI SYARIKAT PENERBANGAN , HARGA HOTEL DAN PERTUKARAN MATAWANG ASING SERTA BILANGAN PESERTA DALAM SETIAP KUMPULAN PENERBANGAN)

SILA HUBUNGI
HAJI BAHARI HAJI SALLEH
H/P : +6012-309 9120
+6012-390 9120