Search

Puasa Enam

0 comments

PUASA ENAM IBARAT PUASA SETAHUN

Alhamdulillah kita tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan 1431H. akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.


Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh.”

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha’ di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha’ puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?

Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah…

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.

“Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya..” Amin.

Mari membantah hari membakar Alquran

0 comments

Umat Islam memang sentiasa diprovok. Mereka sangat cemburu dengan Agama Ad-deen ini. Aku malas nak layan cerita rakyat Indonesia yang membakar Jalur Gemilang dan membaling tahi manusia ke Kedutaan Malaysia di Indonesia.

Perbuatan BENDERA yang disertai pula anggota Forum Kebangsaan Indonesia dan Forum Betawi Rempug, sama ada suka atau tidak, mempunyai kesan besar terhadap hubungan rakyat kedua-dua negara, meskipun pemerintah Malaysia dan Indonesia, tidak ada kaitan langsung dalam hal ini.

Jangan dilayan taik dengan taik api dengan api, biar bapak-bapak Menteri kedua-dua negara yang menyelesaikan isu ini kerana memang dah tahap kuasa diaorang. Tapi kita mesti berwaspada!

Itu kisah bangsa dan negara, ini kisah agama. Yang ini sepatutnya yang patut diambil berat oleh orang Islam di Malaysia dan Indonesia! Umat Islam mesti bersatu menentang perkara ini.

The Dove World Outreach Center sebuah gereja di Gainesville, Florida, akan mengadakan hari membakar Al-Quran. Acara yang mereka panggil “International Burn a Quran Day” akan diadakan pada tarikh 11 September 2010 dalam acara mengingati peristiwa runtuhnya World Trade City di New York yang mereka menuduh dilakukan oleh Al-Qaeda.

Banyak juga artikel berkaitan mengatakan bahawa peristiwa 11/9 itu dilakukan oleh kaum Yahudi yang saja nak memburukan Islam.

Pada website Dove – yang memang memaparkan artikel-artikel anti Islam dengan menjual t’shirt dan mug yang tertulis “Islam Is The Devil” menganjurkan hari pembakaran Al-Quran Sedunia malah mereka mempromosikan secara terang-terang di media Barat.

Gerakan tersebut mendapat kecaman dari orang Kristian sendiri. National Evangelistic association, mengeluarkan pernyataan mendesak gereja untuk membatalkan acara tersebut. Peringatan yang diadakan dengan pembakaran Al Quran itu boelh menimbulkan ketegangan di seluruh dunia antara kedua agama, Islam dan Kristian.

“Mari kita mengembangkan hubungan kepercayaan dan menghormati agama lain. Kita semua adalah ciptaan-Nya. Oleh karena itu marilah saling menghormati,” demikian sikap Asosiasi Nasional Evangelis.

Dalam balasan ke atas kempen tersebut, kumpulan Islam Council American-Islamic Relations, telah melancarkan kempen untuk memberikan 100,000 salinan Quran untuk penduduk di sana dan juga pemimpin. Mereka juga meminta umat Islam dan penyokong untuk menjadi tuan rumah “berkongsi” Al-Quran sempena bulan Ramadan.

“Muslim Amerika dan orang lain dari yang mempunyai hati harus menyokong usaha pendidikan yang positif untuk mencegah penyebaran Islamophobia,” kata jurucakap CAIR – Ibrahim Hooper.

Kepada yang mempunyai FB boleh like page Against ”International Burn A Koran Day”di sini.

Selain dari membantah acara tersebut, kita sebagai umat Islam sepatutnya sama-sama membuka Al-Quran di rumah kita dan membacanya. Jangan sampai kita marah Al-Quran dibakar tetapi kita sendiri tidak membaca dan menghayati maksud Al-Quran itu sendiri dan dibiarkan berhabuk di atas almari. Mungkin ini adalah hikmah disebalik isu hangat ini.

Sukar untuk membaca Tafsir Al-Quran yang berada di pasaran kerana baris-barisnya yang kurang nampak? Saya cadangkan anda membeli Al-Quran Perkata. Jika kita boleh membeli pakaian yang berharga beratus ringgit kenapa begitu kedekut untuk membeli Al-Quran yang mempunyai tafsir Al-Quran yang lengkap?

Semoga Allah menurunkan bala kepada mereka yang bercadang mahu membakar Al-Quran tersebut dan membuka hati kita untuk membaca Al-Quran setiap hari dan mengamalkan ajarannya setiap hari.

Posted @ www.isuhangat.net. Kongsi artikel ini dengan sahabat dan umat Islam.

Dimanakah Tahap Solat Kita

0 comments

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan Pertama

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.



Golongan Ketiga

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan Keempat

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

Golongan Ketujuh

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.

Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Wallahualam bissawab.

Bila Tiba Ramadhan

0 comments

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba tak tinggal berjemaah Isya’ dan tarawih. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba bangun sebelum Subuh untuk bersahur, masa tu jugak dapat aku bertahajjud dan membaca Al-Quran seperti selalu nabi buat. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba datang berjemaah subuh di Surau/Masjid terdekat. Solat sunat sebelum Subuh pun tak tinggal. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba membaca kitab Al-Quran sebanyaknya, ada je waktu lapang, aku akan buka kitab suci ni. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba peruntukkan sejumlah pendapatan aku untuk sedekah. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba kawal kata-kataku, penglihatanku, pendengaranku, perbuatanku agar tidak melakukan perkara lagho@sia-sia. Aku tak lagi mengumpat, aku tak lagi berbual kosong, gelak ketawa, aku tak lagi mendengar lagu-lagu yang melekakan, aku tak pergi tengok wayang, melepak, ronda-ronda shopping complex tanpa tujuan. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba banyakkan zikir kepada Allah, pagi petang malam, tak henti-henti aku berzikir. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Kenapa? Oh..betapa sebelas bulan yang lain, aku jauh terleka. Ini semua salah kau syaitan. Kau yang menyebabkan aku leka. Bulan Ramadhan, kau terikat. Mudah untuk aku kembali mengingat Allah.

Eh..kenapa aku salahkan syaitan? Bukan ke aku sendiri bersalah? Mengikut saja kata teman aku tu tanpa menolak. Huhuu..lemahnya diri aku ini.

Sekarang aku sedar, aku insaf. Tapi kuatkah aku untuk kekal beramal sepanjang tahun..bukan pada bulan Ramadhan saja? Kawan-kawan aku semua macam ni, kalau aku berubah..aku jadi macam kera sumbang. Aku akan kehilangan kawan-kawan aku.

Tapi itu bukan alasan untuk aku berkawan rapat dengan syaitan durjana yang melekakan aku dan kawan-kawan aku. Oh..aku tahu jalannya. Kenapa tidak, aku ajak sekali kawan-kawan aku yang lain juga berubah seperti keinginan aku ini.

Lalu soalan-soalan pada diri sendiri ini aku fowardkan untuk tatapan kawan-kawan semua. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi titik tolak untuk kita berubah. Kalau berubah sendiri, aku tak kuat..aku perlukan juga kawan-kawan semua.

Sumber : Isuhangat.net

Kita Sayangkan Syaitan

0 comments

Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh.
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu),
(6 : 35 al-Fatir)

Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahgian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.

SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG

" Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya."
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

" Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya."
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP

" Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka."
Hadis sahih Muslim.

SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA "AAAAAH " SEMASA MENGUAP

Nabi saw bersabda:

" Dan janganlah seseorang itu berkata "aaaaaaaa" semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap."
Hadis riwayat Ahmad.

MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA

Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:

"Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia."
Hadis sahih Bukhari.

Moral: Oleh itu janganlah kita memaki atau menghina walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaa adalah dilarang.

SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH

Nabi saw bersabda:

" Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah."
Hadis sahih Muslim

Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.

SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH

" Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya "Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam." Apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah syaitan akan berkata " Kamu semua mendapat tempat bermalam." Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan , syaitan akan berkata " Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam."
Hadis Muslim.

MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN

" Apabila jatuh sebahgian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan."
Hadis Muslim

SYAITAN PENGGANGGU SOLAT

Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw:
" Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku."

Rasulullah saw pun menjawab:
" Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali."

Amru berkata:
"Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan , lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut."

Hadis Muslim.

MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN

Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri:

"Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?"

Dia menjawab "Tidak"

Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan."
Hadis Ahmad

SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI

Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:

" Janganlah kamu berkata " Celaka syaitan." Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata " mendapat kekuatan ku." , tapi hendaklah kamu berkata " Dengan nama Allah." Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat."

Hadis Abu daud

Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda:

" Sesungguhnya syaitan berkata " Demi kemulianmu hai tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hambamu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka." Tuhan menjawab " Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku."

Hadis riwayat Ahmad

Faqir Disisi Allah swt
Haji Bahari Haji Salleh

Hukum Memperingati Malam Nisfu Sya'ban

0 comments

Segala puji bagi Allah swt yang telah menyempurnakan agamaNya dan mencukupkan nikmatNya untuk kita , serta selawat dan salam semoga sentiasa tercurah atas Nabi dan Rasul Nya Muhammad saw , yang sentiada bertaubat dan pembawa rahmat .

Firman Allah swt : " Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama mu , dan telah Aku cukupkan nikmatKu untuk mu , dan telah Aku redo' islam sebagai agama bagi mu: . Al Maidah 3

Firman Allah swt : " Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah" . As Syura 21

Didalam Shahih Bukhari dan Muslim , Aisyah meriwayatkan bahawa Rasullullah bersabda :
" Barang siapa yang mengada-ada dalam urusan agama kami maka hal itu akan ditolak ( tidak diterima) .

Dalam shahih Muslim dari Jabir bahawa Nabi saw bersabda: "
Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Al-Qur'an , sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad , sejelek-jelek perkara adalah hal-hal yang diada-adakan didalam agama (bid'ah) , dan setiap bid'ah itu adalah sesat"

Banyak lagi ayat dan hadith lain yang senada dengan ayat dan hadith diatas , yang secara tegas menunjukan bahawa Allah swt telah mnyempurnakan agama dan nikmatNya untuk umat ini , dan Rasullullah saw sebelum wafatnya telah menyampaikan secara lengkap dan jelas kepada umat semua apa yang disyariatkan Allah , baik berupa perkataan maupun amal perbuatan .

Rasullullah saw juga menjelaskan , bahawa apa saja yang diada-adakan oleh orang-orang yang datang sesudahnya dan mereka nisbahkan kepada islam baik berupa perkataan maupun amal perbuatan , maka semua itu adalah bid'ah yang ditolak dan tidak diterima , sekali pun diada-adakan oleh pelakunya atas niat dan tujuan yang baik . Hal ini telah diketahui oleh para sahabat dan para ulama yang datang setelah mereka . Oleh kerana itu , mereka mengingkari segala bentuk bid'ah dan mengingatkan manusia untuk tidak terjerumus kedalamnya , sebagimana yang tertera dalam karya-karya Ibnu Wadhdhah ,Thurtusyi , Abu Suamah dan lainnya , tentang pengangungan Sunnah dan pengingkaran terhadap bid'ah .

Diantara bid'ah yang diada-adakan oleh sebagian orang adalah memperingati malam pertengahan Sya'ban , serta mengkhususkan hari tersebut untuk berpuasa . Pada hal tidak ada satu dalil yang dapat dijadikan sebagai landasannya . Memang ada beberapa hadith lemah yang menjelaskan fadilahnya , namun tidak boleh dijadikan landasan .
Sedangkan hadith hadith yang menjelaskan keutamaan solat pada hari itu semuanya adalah palsu . Berikut ini , akan kita paparkan sebagian dari komentar mereka . Terdapat juga beberapa atsar dari sebagian salaf dari kalangan penduduk Syam dan selain mereka .

Telah menjadi kesepakatan jumhur ulama bahawa memperingati malam tersebut adalah bid 'ah . Hadith hdith yang menjelaskan tentang keutamaan adalah dho'if ( lemah) , bahkan sebagiannya adalah palsu , seperti yang diungkapan oleh Ibnu Rajab dalam bukunya " Latha-iful Ma'arif" dan lainya . Hadith dho'if, baru boleh diamalkan , dalam hal ibadah yang sudah ada dasarnya dari hadith -hadith shahih , sedangkan memperingati Nishfu Sya'ban tidak ada satu pun dasar dari hadith yang shahih , sehingga boleh dijadikan alasan untuk mengamalkan hadith dho'if tersebut . Kaedah ini disebutkan oleh Syeikhul Islam Abul' Abbas Ibnu Taimiyyah .

Para ulama telah sepakat , bahawa kita wajib mengembalikan seluruh permasaalahan yang diperselisihkan kepada Al Qur'an dan Sunnah Rasullullah saw . Apa yang tertera dalam keduanya atau salah satunya , itulah syariat yang wajib diikuti , dan apa saja tidak tertera dalam keduanya , adalah bid'ah yang tidak boleh diamalkan , apalagi
menganjurkan orang lain untk melakukannya .

Firman Allah swt : " Hai orang-orang yang beriman , taatilah Allah , dan taatilah RasulNya dan Ulul Amri ( pemimpin) diantara kamu" . An Nisa 59

Firman Allah swt : " Tentang sesuatu apa pun kamu perselisihkan , maka keputusannya terserah kepada Allah " Asy Syura 10 .

Firman Allah swt : " Katakanlah :" Jika kamu benar-benar mencintai Allah , ikutlah aku , niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu" . Ali Imran 31 .

Firman Allah swt : " Maka demi TuhunMu , mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan , kemudian tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan , dan mereka menerima dengan sepunuh hati" An Nisa 59 .

Banyak lagi ayat-ayat lain yang senada dengan itu . Ayat-ayat tersebut dengan tegas menunjukkan kewajiban mengembalikan permasaalahan- permasaalahan yang diperselisihkan kepada Al Qur'an dan Sunnah , serta redo' dengan hukum yang ada pada keduanya . Dan hal itu merupakan perkara yang menyentuh akan soal iman , serta kemaslahatan bagi para hamba didunia dan akhirat kelak .

Al Hafiz Ibnu Rajab dalam bukunya " Laatahiful Ma'arif" dalam masaalah ini menjelaskan sebagai berikut :
" Para tabi'in dari kalangan penduduk Syam , seperti Khalid bin Ma'adan , Makhul . Luqman bin Amir dan lainnya , mereka memuliakan malam Nisfu Sya'ban dan melakukan ibadah sebanyak mungkin padanya . Dari merekalah orang-orang mengambil keutamaan dan kebesaran malam tersebut . Dan menurut satu pendapat , mereka menerima beberapa atsar Israiliyyat .
Tatkala hal ini masyhur bersumber dari mereka di mana mana , para ulama berselisih pendapat dalam menganggapinya . Ada yang menerima dan menyetujui mereka dalam membesarkan malam tersebut seperti sebagian ahli ibadah dari kalangan penduduk Bashrah dan selain mereka . Sedangkan sepakat ulama Hijaz mengingkarinya , seperti 'Atha dari Abi Mulaikah , dan fiqaha (ulama fiqih) Madinah seperti dinukil oleh Abdur Rahman bin Zaid bin Aslam . Ini adalah pendapat para pengikut Imam Malik dan selain mereka , semua mereka mengatakan itu bid'ah .

Para ulama dari Syam sendiri , berselisih pendapat tentang cara menghidupkan malam tersebut

1 . Disunatkan menghidupkan malam tersebut secara berjemaah dalam masjid . Khalid bin Ma'dan . Lukman bin Amir dan lainya , memakai pakaian yang terbaik pada malam tersebut , memakai harum haruman dan bercelak , lalu mereka beribadah dimasjid . Hal ini disetujui pula oleh Ishak bin Rahawaih , beliau berkata tentang menghidupkannya dimasjid secara berjamaah : " Hal ini tidaklah termasuk bid'ah" , dinukil darinya oleh Al Karmani dalam " Al Masaail" .

2 . Makruh hukumnya berkumpul dimasjid pada malam tersebut , baik untuk solat , bercerita dan berdoa . Tetapi tidak makruh bagi seseorang yang melakukan solat pada malam itu dengan sendirian . Ini adalah pendapat Awza'i , seorang ulama dan ahli fiqih Syam . Pendapat ini insyaAllah lebih dekat kepada kebenaran .

Sedangkan Imam Ahmad , tidak diketahui komentar beliau secara tegas tentang menghidupkan malam Nisfu Sya'ban . Namun dapat ditakhrij dari beliau dua riwayat berdasarkan dua riwayat pendapat beliau dalam masaalah menghidupkan malam dua hari raya untuk ibadah . Dalam satu riwayat beliau mengatakan , tidak mustahab ( dianjurkan) menghidupkan malam tersebut secara berjemaah , kerana hal itu tidak ada sama sekali dinukil dari Nabi saw dan juga para sahabat .
Dalam riwayat lain ,beliau mengatakan hal itu mustahab , berdasarkan apa yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin Yazid bin Aswad dari kalangan tabi'in . Begitu pula halnya dengan menghidupkan malam Nisfu Sya'ban untuk beribadah , tidak ada dunukil dari Nabi saw dan juga para sahabat , hanya saja sekelompok tabi'in dari kalangan ulama Syam pernah melakukan .

Demikianlah secara ringkas perkataan Al Hafiz Ibnu Rajab dalam masaalah tersebut . Secara tegas beliau mengatakan bahawa tidak ada sama sekali dunukil dari Nabi saw dan para sahabat tentang beribadah secara khusus pada malam Nisfu Sya'ban . Sedangkan pendapat Awza'i tentang dianjurkannya beribadah pada malam tersebut secara perseorangan , dan dinukil oleh Al Hafiz Ibnu Rajab adalah lemah , kerana segala sesuatu yang tidak ada dalilnya dalam syariat , maka hal itu tidak boleh dilakukan oleh seorang muslim , baik secara berjemaah atau bersendirian , baik secara bersembunyi atau pun terang-terangan , berdasarkan sabda Rasullulah saw :
" Barang siapa yang melakukan suatu amalan yang tidak berdasarkan perentah kami , maka amalan itu akan ditolak" .

Dan dalil-dalil umum lainnya , yang menunjukkan pengingkaran terhadap perbuatan bid'ah dan menghindarinya . Imam Abu Bakar Ath Tharthusyi dalam bukunya " Al Hawadith Wal Bida" mengatakan : " Ibnu Wadhdhan meriwayatkan dari Zaid bin Aslam , beliau berkata : Kami tidak mendapatkan seorangpun diantara guru dan ulama kami yang memberikan perhatian khusus kepada malam Nisfu Sya'ban . Mereka juga tidak berhujjah kepada hadith Makhul dan tidak pula melihat adanya keutamaan khusus beribadah pada malam tersebut .

Seseorang mengatakan kepada Ibnu Abi Mulaikah , bahawa Ziyad An Numairi berkata: "Sesungguhnya pahala beribadah pada malam Nisfu Sya'ban sama dengan pahala beribadah pada malam LailatulQadar" . Beliau menjawab
: Kalaulah aku yang mendengarnya kemudian ditanganku ada tongkat , niscaya akau akan memukulnya . Zaid terkenal sebagi seorang ahli bercerita" .

Imam Asy Syaukani dalam bukunya " Al Fawaid Majmu'ah" berkata : " hadith yang berbunyi :
" Hai Ali ! Barangsiapa yang melakukan solat seratus rakaat pada malam Nisfu Sya'ban , yang mana pada setiap rakaat membaca Alfatihah dan surah Al Ikhlas sebanyak sepuluh kali , maka Allah akan memenuhi semua hajatnya" .
Hadith tersebut adalah palsu , dari lafaz yang menerangkan ganjaran pahala bagi pelakunya . Seorang yang berakal tidak akan meragukan akan kepalsuannya ., disamping sanadnya yang majhul (tidak dikenali) . Hadith ini juga diriwayatkan dari dua jalur sanad yang lain . Tetapi semunya adalah palsu dan para rawinya majhul (tidak dikenali) . Dalam bukunya "Al Mukhtashar" Imam Syukani berkata : " Hadith tentang solat pada Nisfu Sya'ban adalah bathil . Apapun riwayat Ibnu Hibban dari Ali : " Apabila datang malam Nisfu Sya'ban , maka lakukan qiyamul lail dan berpuasalah pada siangnya " adalah lemah .

Dalam bukunya "Allaali" Imam Suyuti berkata : " Seratus rakaat pada malam Nisfu Sya'ban (dengan membaca) Al Ikhlas sepuluh kali" beserta banyak lagi keutamaan lainnya , yang diriwayatkan oleh Dailani dan lainnya adalah palsu ( maudhu) , kebanyakan perawinya pada ketiga jalur sanadnya adalah majhul dan doif" . Dia juga berkata : " Dua belas rekaat dan empat belas rakaat dengan (membaca surah) Al Ikhlas tiga puluh kali (pada setiap) rakkat adalah maudhu "( palsu) .
Sebagian ahli fiqih , seperti pengarang buku " Ihya Ulumuddin" , begitu juga sebagian ahli tafsir tidak berpegang pada hadith tersebut .

Hadith tentang melakukan solat pada malam Nisfu Sya'ban telah diriwayatkan melalui beberapa jalur sanad yang berbeza-beza . Namun semuanya adalah bathil dan maudhu . Ini tidak bertentangan dengan riwayat Tirmizi dari Aisyah yang menjelaskan perginya Rasullullah saw ke Baqi' dan turunnya Tuhan pada Nisfu Sya'ban kelangit dunia , mengampunkan dosa-dosa manusia sekalipun lebih banyak dari bulu domba Bani Kalb . Kerana pembicaraan disini adalah tentang solat yang dibuat-buat pada malam tersebut . Disamping itu , sanad hadith Aisyah itu lemah dan terputus , begitu juga hadith Ali diatas , yang menganjurkan qiyamul lail pada malam itu . Ini tidak dinafikan kedudukan solat ini sebagai diada-adakan , disamping lemahnya hadith tersebut sebagaimana yang telah diuraikan

Al Hafiz Al Iraqi berkata : " Hadith tentang solat malam Nisfu Sya'ban adalah maudhu dan bohong terhadap Rasullullah saw . Imam Nawawi dalam bukunya " Al Majmu" berkata : " Solat yang dikenal dengan solat Raghaib , yaitu dua belas rakaat antara mabhrib dan isya pada malam jumaat yang pertama dari bulan Rejab , begitu juga solat malam Nisfu Sya'ban seratus rakaat . Kedua-duanya adalah bid'ah yang mungkar .
Janganlah seseorang terpengaroh , kerana keduanya disebutkan dalam buku " Quutul Quluub" dan buku Ihya Ulumuddin" , dan kerana adanya hadith yang menjelaskan keduannya . Kerana semua itu adalah bathil dan juga jangan terpedaya dengan beberapa ulama yang menulis tentang dianjurkannya kedua macam solat tersebut , kerana mereka dalam hal ini adalah salah " .

Syeikh Imam Abu Muhammad Abdur Rahman bin Ismail al Maqdisi telah menulis sebuah buku yang sangat berharga dan bagus sekali tentang kebatilan kedua macam solat tersebut . Perkataan ulama dalam masaalah ini banyak sekali , dan akan sangat panjang lebar kalau kita nukil seluruhnya Semoga apa yang telah kita paparkan , boleh memuaskan para pembaca .

Dari ayat-ayat , hadith dan perkataan ulama diatas , jelaslah bagi siapa yang menginginkan kebenaran , bahawa memperingati dan menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan solat dan ibadah lainnya serta mengkhususkan siangnya dengan puasa adalah bid'ah yang mungkar menurut pendapat kebanyakkan ulama , dan tidak ada dasarnya sama sekali dalam syariat .
Bahkan ia merupakan hal yang diada-adakan dalam islam setelah masa para sahabat . Dan cukuplah bagi siapa saja menginginkan yang haq dalam masaalah ini .

Firman Allah swt :" Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu , dan telah Aku cukupkan nikmatKu untuk mu , dan telah Aku redo islam sebagi agama bagimu" . Al Maidah 3

Sabda Rasullullah saw : " Barangsiapa yang mengada-ada dalam urusan agama kami tanpa ada dasarnya , maka hal itu akan ditolak ( tidak diterima)"

Sabda Rasullullah saw : " Janganlah kamu sekalian mengkhususkan malam jumaat daripada malam-malam lainnya dengan solat , dan janganlah kamu sekalian mengkhusus siang harinya dengan puasa , kecuali kalau adalah puasa yang telah dibiasakan oleh salah seorang kamu"

Seandainya boleh kita mengkhusus suatu amalan untuk ibadah tertentu , tentu malam jumaat lebih patut untuk hal itu daripada malam lain , kerana malam jummat adalah hari yang paling baik daripada hari-hari yang ada , berdasarkan beberapa hadith yang shahih dari Rasullullah saw .
Kalau Rasullullah saw telah melarang kita untuk mengkhusus malamnya dengan ibadah , tentu mengkhususkan malam-malam yang lain dengan ibadah tertentu akan lebih terlarang . Maka tidak boleh mengkhusus malam tertentu dengan ibadah tertentu kecuali berdasarkan hadith shahih yang menunjukkan pengkhususkan tersebut ..

Seperti malam Lailatul Qadar dan malam-malam Ramadhan , tatkala disyariatkan untuk menghidupkan dan memperbanyak ibadah padanya , maka Rasullullah saw mengingatkan , bahkan menggalakan umat untuk melakukan qiyamul lail dimalam-malam tersebut . Dan beliau sendiri melakukannya , sebagaimana yang tertera dalam shahih Bukhari dan Muslim bahawa Nabi saw bersabda : " Barangsiapa yang melakukan qiyam pada (malam-malam) Ramadhan dengan penuh rasa iman dan harapan (pahala) , niscaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu . Barangsiapa yang melakukan qiyam pada malam Lailatul Qadar dengan penuh rasa iman dan harapan (pahala) , niscaya Allah akan mengampunkan dos-dosanya yang telah lalu" .

Seandainya disyariatkan untuk mengkhususkan ibadah tertentu pada malam Nisfu Sya'ban atau malam jumaat yang pertama dari bulan rejab , atau malam Isra Mi'raj , maka pasti Rasullullah saw menggalakkan umat untuk melakukannya dan Beliau sendiri akan mengamalkan . Dan kalau hal itu ada terjadi , niscaya para sahabat menukilkan kepada umat dan mereka pasti tidak akan menyembunyikannya , kerana mereka adalah sebaik-baik pemberi nasihat setelah para nabi . Semoga Allah meredoi para sahabat Rasulullah saw .

Diatas kita telah ketahui, bahawa tidak ada satupun nukilan yang shahih dari Rasullullah saw dan para sahabat tentang keutamaan malam jumaat pertama dari bulan Rajab , begitu pula malam Nisfu Sya'ban . Maka memperingati kedua merupakan perbuatan bid'ah dalam agama , dan mengkhususkan dengan ibadah tertentu adalah bid'ah yang mungkar . Begitu pula dengan malam kedua puluh tujuh rajab , yang diyakini sebagian orang sebagai malam isra mi'raj , tidak boleh mengkhususkannya dengan ibadah tertentu , begitu pula merayakannya , berdasarkan dalil-dalil diatas .
Ini kalau benar terjadi pada tersebut , padahal menurut , pendapat ulama yang benar , bahawa malam isra mi'raj itu tidak diketahui . Adapun pendapat yang mengatakan terjadinya pada malam kedua puluh tujuh rejab , adalah bahtil , tidak ada hadith shahih yang mendasarinya . Benarlah apa yang dikatakan seorang ulama pujangga : " Sebaik-baik perkara yang dilakukan berdasarkan petunjuk , sedangkan sejelek-jelek perkara (dalam agama) adalah perbuatan bid'ah yang diada-adakan" .

Semoga Allah memberikan taufik kepada kita dan segenap kaum muslimin , agar sentiasa berpegang teguh kepada sunnah , dan terhindar daripada menyalahinya , sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mulia . Dan semoga selawat dan salam sentiasa tercurah kepada hamba dan Rasulnya , Nabi Kita Muhammad saw , begitu pula kepada keluarga dan seluruh sahabat .

Wallahu Alam .

Dalil Judi Haram

0 comments

Judi Adalah Haram



Di sisi para fuqaha, judi dikenali sebagai Al-Maisir dan Al-Qimar. Ia bermaksud permainan yang mengandung unsur taruhan dan orang yang menang dalam permainan itu berhak mendapat taruhan tersebut[1].



Judi adalah haram dalam Islam. Ini berdasarkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Allah taala berfirman yang bermaksud



“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Al-Baqarah : 219)



“Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah : 90 – 91)



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud



“Barangsiapa berkata kepada saudaranya marilah kita bermain judi, maka hendaklah dia bersedekah.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)



Berdasarkan dalil-dali di atas dapat disimpulkan bahawa Islam menjadikan judi sebagai satu kesalahan yang serius dan memandang hina apa jua bentuk judi. Ini dapat dilihat dari petunjuk-petunjuk berikut;



1. Judi disebut dan diharamkan bersama dengan perbuatan minum arak, berkorban untuk berhala (syirik) dan menenung nasib. Kesemua ini adalah dosa besar di dalam Islam.

2. Judi disifatkan sebagai najis untuk menggambarkan kekejiannya.

3. Kehinaan judi diperkuatkan dengan pernyataan bahawa ia adalah amalan syaitan.

4. Allah menggunakan perkataan ‘Jauhilah’ untuk menunjukkan pengharamannya. Perintah menjauhi judi lebih keras dari mengatakan bahawa ia adalah haram. Ertinya umat Islam bukan hanya dituntut untuk tidak berjudi tetapi juga tidak mendekatinya atau apa jua jalan kepadanya. Ini sama seperti larangan dari mendekati zina.

5. Allah sertakan dalam ayat pengharaman itu, akibat-akibat buruk dari berjudi.

6. Akibat buruk yang dinyatakan berkaitan dengan perkara yang dianggap penting dalam Islam iaitu menjaga kesatuan, persaudaraan dan mendirikan solat. Oleh kerana perkara ini adalah penting dalam Islam, maka apa jua yang boleh merosakkannya adalah suatu yang dipandang berat.

7. Dalam Al-Maidah : 90-91, Allah bukan hanya perintah agar menjauhi judi bahkan Ia memperkuatkan perintah tersebut dengan seruan agar meninggalkannya sebagai penegasan.

8. Siapa yang mengajak saudaranya berjudi sahaja, diperinthkan oleh Rasulullah s.a.w bersedekah sebagai kafarah terhadap dosanya apa lagi jika melakukannya.



Oleh itu, pengaharaman judi adalah sesuatu yang tsabit dengan dalil qat’ii sama seperti pengharaman ke atas babi. Ertinya dalam apa jua keadaan dan tempat, judi adalah haram sehingga hari Kiamat. Larangan terhadapnya tidak dapat ditafsirkan dengan pengertian lain.



Apa yang tidak tsabit secara qat’ii ialah bentuk-bentuk permainan yang dikategorikan sebagai judi. Dalam aspek ini sememangnya terdapat khilaf dikalangan ulama kerana permainan selalunya berkembang dari masa ke semasa dan berbeza-beza antara dahulu dan sekarang dan antara kalangan kaum.


Cukup Bagi Kita Al-Quran



Oleh kerana itu pendirian seorang muslim dalam persoalan judi ialah untuk menerima ketentuan Allah taala dengan yakin akan keburukan judi. Walau pun terdapat pelbagai hujah dan kajian saintifik yang dibuat oleh pelbagai pihak bagi menjustifikasikan judi samada untuk tujuan ekonomi, sosial dan lain-lain.



Babi tidak akan boleh menjadi halal walau pun para saintis dapat membuktikan faedah yang ada padanya. Begitulah juga judi.



Seorang muslim wajib menolak judi dan membanterasnya walau pun ia tidak lihat atau belum lihat tanda-tanda negatif dari perbuatan judi.



Keimanan kita terhadap Allah taala dan kebenaran Al-Quran dan As-Sunnah cukup bagi menolak judi samada sikit atau banyak, untuk tujuan peribadi atau manfaat sosial. Ini sejajar dengan firman Allah taala yang bermaksud



“Alif Lam Mim, (Al-Quran) itu adalah kitab yang tiada keraguan padanya dan petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah : 1-2)



“Demi tuhankau (Muhammad), sesungguhnya mereka belum beriman sehingga mereka menjadikan kau sebagai hakim dalam perkara yang mereka berselisih dan tidak merasa keberatan atas apa yang kamu putuskan dan menerima dengan sepenuhnya” (An-Nisa’ : 65)



Walau pun begitu, ini tidak bermaksud untuk menghalang umat Islam dari membuat pelbagai kajian berkaitan judi secara objektif. Seperti kajian mengenai kesan judi terhadap masyarakat, individu dan psikologi penjudi.



Hari ini judi sudah menjadi satu amalan sosial yang biasa. Ia bahkan menjadi satu industri tersendiri yang memberi pekerjaan pada ratusan tenaga manusia, pendapatan bilion dolar bagi pemerintah dan syarikat judi, sumbangan bilion dolar juga kepada kerja kemasyarakatan. Begitu besar manfaat ini, sehingga ia mengaburi mata dan menggoncang keyakinan adakah benar judi itu hina dan tidak baik?



Dalam hal ini suka dipertegaskan bahawa Islam tidak menafikan kewujudan manfaat dari judi. Namun judi tetap diharamkan bukan kerana ia tidak ada faedah tetapi kerana mudarat yang timbul dari berjudi lebih besar dari faedah yang boleh diraih. Ini dengan jelas dinyatakan dalam Al-Baqarah : 219.



Ini tidak akan berubah walau pun pada hari ini ramai yang berjudi secara suka-suka atau kecil-kecilan dan judi yang diinstitusikan tidak pula mencetus permusuhan, pergaduhan dan ibadah kepada Allah taala.


Antara Permainan & Judi



Dalam mengklasifikasikan sesuatu permainan sebagai judi, para ulama telah mensyaratkan ciri-ciri berikut;



1. Ia disertai oleh dua orang atau lebih atau dua kumpulan manusia atau lebih.

2. Setiap pihak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaat.

3. Mana-mana pihak yang menang akan memperolehi harta atau manfaat dari pihak yang kalah di samping menyimpan harta dan mafaat yang ia pertaruhkan.



Berdasarkan ini, para ulama berpendapat bahawa mana-mana permainan yang mana pemenangnya memperolehi manfaat yang disediakan oleh pihak ketiga, bukan dari pihak-pihak yang terlibat dalam permainan itu. Permainan seperti ini dinamakan sebagai pertandingan dan manfaat yang diperolehi dianggap sebagai hadiah.



Satu permainan juga tidak dianggap sebagai judi sekiranya manfaat yang diperolehi berasal dari satu pihak seperti sekiranya seorang berkata kepada temannya “Jika kamu boleh mengalahkan saya, saya akan memberimu hadiah. Akan tetapi jika kamu kalah, tiada kewajipan atas kamu terhadap saya.” Ini berdasarkan kepada sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang mana Rasulullah s.a.w diajak oleh seorang kafir Quraisy bernama Rukanah untuk bergusti dengan hadiah beberapa kambing, jika Rasulullah s.a.w menang. Rasulullah s.a.w menerima cabaran itu dan beliau menang dalam pertandingan[2].



Di dalam sebuah hadits juga diriwayatkan dari Anas



“Ditanyakan kepada Anas Apakah kamu bertaruh di masa Rasulullah s.a.w? Apakah Rasulullah s.a.w bertaruh? Anas menjawab Ya, beliau telah mempertaruhkan seekor kuda yang dinamakan Sabhah, lalu taruhan itu dimenangkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau senang terhadap hal itu dan mengaguminya.” (Riwayat Ahmad)



Apa jua permainan yang apabila seorang di antara yang bertaruh menang lalu mendapatkan taruhan itu sedang bila kalah maka dia berhutang kepada temannya dianggap sebagai judi yang diharamkan[3].


Loteri Adalah Judi



Berkaitan dengan loteri dan permainan 4D atau TOTO pada hari ini, Muhammad Abduh berpendapat bahawa walau pun permainan seperti ini mempunyai ciri-ciri



· Tidak menimbulkan permusuhan, kebencian dan tidak menghalangi pembelinya dari perbuatan mengingat Allah taala dan mendirikan solat kerana para pembeli permainan-permainan ini tidak berkumpul di satu tempat, bahkan mereka berada dijarak yang jauh dan berlainan dari tempat perlaksanaan permainan.

· Dalam bermain permainan ini juga, pembeli tidak terhalang dari berzikir dan bersolat berbeza dengan mereka yang menghadap meja judi kerana berjudi.

· Para pembeli tidak mengetahui orang yang memakan hartanya berbeza dengan judi biasa.



Namun, mengikut Muhammad Abduh, dalam pelaksanaannya undian loteri (juga 4D dan TOTO – penulis) ini terdapat akibat-akibat buruk seperti yang juga terdapat pada jenis judi yang lain adalah kenyataan bahawa perlaksanaan undian loteri ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan harta orang lain secara tidak sah iaitu tanpa balasan yang jelas seperti pertukaran harta itu dengan benda lain atau dengan satu jasa. Cara-cara ini diharamkan oleh Islam[4].



Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menulis bahawa apa yang sekarang ini dinamakan dengan ‘loteri’ adalah semacam cabang dari perjudian juga, yang mana tidak seharusnya dipandang remeh serat membolehkannya atas nama badan bantuan sosial dan kerana tujuan-tujuan kemanusiaan. Sebenarnya orang-orang yang membolehkan bermain loteri kerana tujuan-tujuna yang tersebut seperti orang-orang yang mengumpul dana sumbangan kerana tujuan-tujuan khairat dnegan mengadakan majlis-majlis joget dan pertunjukan seni yang haram. Sebaik-baiknya kita katakan kepada orang ini sebagaimana yang disabdakan oleh nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud



“Sesungguhnya Allah itu Baik, Dia tidak akan menerima kecuali yang baik-baik sahaja” (Riwayat Muslim)[5]


Lumba Kuda Dalam Islam



Islam menggalakkan umatnya beriadah dengan berkuda. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud



“Lemparkanlah (panah) dan tungganglah (kuda)!” (Riwayat Muslim)



“Kuda itu ada tiga macam. Kuda yang dimaksudkan untuk Allah, kuda yang dimaksudkan untuk manusia dan kud ayang dimaksudkan untuk syaitan. Adapun kuda yang dimaksudkan untuk Allah, ialah kuda yang disediakan untuk berperang pada jalan Allah, maka makanannya, tahinya, lalu beliau sebut lagi bermacam-macam (semuanya ada kebaikannya). Adapun kuda yang disediakan untuk syaitan, itulah kuda yang disediakan untuk berjudi dan untuk pertaruhan. Adapun kuda yang disediakan untuk manusia, itulah kuda yang dipelihara manusia untuk dibiakkan, maka itu adalah untuk menutup diri dari kemiskinan.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)



Dalam konteks hari ini, permainan Polo dan equestrian sebagai satu riadah dibolehkan dalam Islam. Perlumbaan menunggang kuda juga dibolehkan jika sebagai satu pertandingan yang mana pemenangnya mendapat hadiah dari pihak ketiga bukan dari taruhan para pelumba. Yang haram ialah perbuatan bertaruh dan menikam oleh para penonton bagi menentukan kuda yang menang.



Oleh kerana perlumbaan kuda hari ini diwujudkan tidak lain kecuali untuk menarik taruhan dari masyarakat umum, maka secara umum perlumbaan kuda hari ini menjadi haram kerana tujuannya yang menyimpang. Ini sejajar dengan hadits yang dinyatakan di atas.


Tikam Bola Juga Judi



Tidak syak lagi bahawa permainan menikam keputusan pertandingan bola di Liga S juga adalah judi. Maka ia adalah haram dalam Islam.


Cabutan Bertuah = Judi?



Cabutan bertuah yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat bagi menggalak penjualan barangannya atau yang dianjurkan oleh badan-badan bagi mengumpul dana atau yang diadakan dalam majlis-majlis tertentu tidak dianggap sebagai judi. Ini kerana tiada pertaruhan antara pemegang tiket cabutan bertuah berkenaan. Cabutan bertuah bagi tujuan perdagangan, pembeli telah mendapat manfaat wangnya dengan memperolehi barangan yang diberi.



Cabutan bertuah itu hanyalah satu janji peniaga / pengumpul dana untuk memberi hadiah kepada mereka yang membeli barangannya atau yang telah menderma, sebagai tanda terima kasih dan bagi galakan. Oleh kerana ramai yang memenuhi syarat bagi menerima hadiah yang dijanjikan, maka undi dibuat bagi menentukan siapa yang berhak untuk mendapat hadiah yang terhad jumlahnya.



Cabutan bertuah melalui undi yang tidak mengandungi kerosakan sama sekali bahkan mengandungi manfaat seperti cabutan bagi kuiz berhadiah dan promosi perdagangan dibenarkan[6].



Membuat keputusan secara mengundi seperti ini adalah dibenarkan dalam Islam. Dalam sebuah hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila ingin bermusafir mengundi isteri-isterinya untuk menentukan siapa yang akan mengikutinya.


Penggunaan Wang Hasil Judi



Wang hasil judi haram dimanfaatkan oleh pemenang judi atau sesiapa yang menerima pemberian dari wang berkenaan. Apa yang boleh dilakukan ialah wang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Baitul-Mal. Wang ini menjadi milik Baitul-Mal untuk digunakan bagi faedah umum kaum Muslimin.



Derma dari hasil yang sedemikian jika digunakan untuk membina masjid hukumnya adalah makruh dan amalannya itu tidak merupakan satu kebajikan kerana Rasulullah telah bersabda, yang bermaksud



"Sesungguhnya Allah itu Suci, tidak menerima melainkan yang suci.”(Riwayat Muslim)



Akan tetapi, ibadat seseorang serta fardu jemaahnya di dalam masjid itu adalah sah[7].


Kesimpulan



Islam adalah agama yang sejajar dengan fitrah manusia. Oleh itu, Islam mengharuskan hiburan dan pelbagai permainan. Mengikut prinsip hukum Islam, apa jua hiburan dan permainan adalah halal kecuali ada dalil yang menjadikannya haram.



Atas dasar ini, pada hakikatnya terdapat pelbagai hiburan dan permainan yang manusia boleh menceburinya dibandingkan apa yang tidak dibenarkan. Oleh itu, adalah satu kesilapan untuk mentohmah Islam sebagai satu agama yang sempit dan jumud kerana sikap tegasnya terhadap judi.



Islam melarang judi kerana ia menjadikan manusia menggantungkan harapannya kepada nasib, keuntungan yang tiba-tiba serta cita-cita kosong bukan kepada pekerjaan dan usaha melalui sebab musabab yang ditentukan oleh Allah taala.



Islam bertujuan untuk menjaga harta manusia dari musnah dan diambil secara salah. Sedangkan judi memusnahkan harta penjudi dan membuka pintu untuk mengambil harta orang lain melalui untung nasib semata-mata.



Wallahu’alam





[1] Dr. Aziz Dahlan, Ensiklopedi Hukum Islam, PT Ickhtiar Baru, Jakarta, 1997, jld 3, ms 1053



[2] Ibid, jld, ms 1055.



[3] Sayid Sabiq, Fiqh Sirah, PT Al-Ma`arif, Bandung, 1987, jld 14, ms 141.

[4] Dinukil dari Dr Aziz Dahlan, Ensiklopedi Hukum Islam, PT Ichtiar Baru, Jakarta, 1997, jld 3, ms 1055. Lihat Muhammad Abduh, Tafsir Al-Manar, juz 2.



[5] Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Halal Dan Haram Dalam Islam, Pustaka Islamiah, Singapura, 1995, ms 498.



[6] Dr. Azis Dahlan, Ensiklopedi Hukum Islam, PT Ickhtiar Baru, Jakarta, 1997, jld 6, ms 1871

[7] Fatwa MUIS, rujuk www.muis.gov.sg

Jarak Antara Dunia Dan Akhirat

0 comments

Jabir bin Abdullah berkata, “Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah SAW maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih.

Lalu dia menghampiri Rasulullah SAW dengan berkata: “Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu?”

Maka Rasulullah SAW pun bersabda,”Dunia itu adalah impian orang yang tidur.”

Bertanya orang itu lagi, “Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah SAW?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Satu kumpulan manusia yang berada didalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada didalam Neraka Sa’ir.”

Orang itu bertanya lagi, “Apakah Syurga itu?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini.”

Bertanya orang itu lagi, “Apakah Jahanam itu?”

Maka bersabda Rasulullah SAW, “Jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya.”

Bertanya orang itu lagi, “Siapakah sebaik-baik umat ini?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah SWT.”

Orang itu bertanya lagi, “Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah.”

Orang itu bertanya lagi, “Seberapakah ketentuan taat itu?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah.”

Bertanya orang itu lagi, “Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Hanya sekadar memejamkan mata sahaja.”

Jabir melanjutkan ceritanya, “Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu selepas itu.”

Rasulullah SAW bersabda, “Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibrail as, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat.

Bersabda Rasulullah SAW lagi, “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencipta makhluknya yang lebih dibenci selain dunia, bahkan dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya.”

Dunia ini adalah satu alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal.
Gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita menjadi orang bodoh, sebab orang yang bodoh hnya suka mengejar dunia. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia.

12 Manfaat Solat Berjemaah

0 comments

Pertama , terjalinnya rasa kasih sayang antara sesama umat Islam. Kerana dengan perjumpaan antara satu dengan yang lain dan juga dengan berlakunya saling bersalaman di antara mereka tentu akan menyuburkan rasa kasih sayang di antara sesama mereka.

Kedua , terjadi perkenalan. Biasanya ada orang lain yang belum dikenali solat di bersama mereka nescaya mereka akan bertanya siapakah orang yang sembahyang bersama kita ini? Maka dengan itulah kemudian terjadi saling kenal mengenali (ta’ruf).

Ketiga , menampakkan salah satu syiar Islam. Kerana solat termasuk salah satu syiar Islam yang terbesar. Sehingga jika orang-orang dibiarkan saja untuk solat di rumah mereka masing-masing tentulah tidak akan mudah diketahui oleh orang yang beragama lain tentang kewajipan bersoalat.

Keempat , untuk menampakkan kewibawaan umat Islam, iaitu ketika para jamaah masuk secara beriringan ke masjid dan keluar darinya secara bersama-sama

Kelima , untuk mengajari orang yang jahil (belum tahu). Karena kebanyakan orang boleh memuat faidah tentang tata cara solat yang disyariatkan melalui media solat jamaah. Dimana seseorang bisa mencontoh makmum yang di sampingnya. Begitu juga makmum boleh mencontoh imamnya, dan faedah lain yang serupa.

Keenam , melatih umat Islam untuk bersatu padu dan tidak berpecah belah. Kerana di dalamnya para makmum akan sentiasa bersatu mengikuti seorang imam. Sehingga apabila dilihat dengan pandangan yang lebih luas lagi akan dapat menjadi pelajaran bagi kita untuk bersatu di bawah kepemimpinan seorang imam sehingga umat ini tidak akan berselisih dan bercerai berai.

Ketujuh , mengendalikan diri. Kerana apabila orang sudah terbiasa untuk terus menerus mengikuti imam secara detail, “Jika imam bertakbir, maka iapun takbir, “tidak berlengah-lengah, tidak mendahului dan juga tidak berterabur tetapi menuruti, maka dengan cara ini seorang insan tentu akan terlatih untuk bisa mengendalikan diri.

Kelapan , kaum muslimin akan merasakan bahawa mereka adalah seolah-olah dalam satu barisan mujahid di medan jihad. Allah ta’ala berirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Allah dengan bershaf-saf.” (QS. ash-Saff [61]: 4). Orang yang sudah terbiasa ditetapkan dalam barisan solat nescaya akan mudah pula ditetapkan ketika berada di barisan jihad.

Kesembilan , munculnya rasa persamaan di antara kaum muslimin. Kerana ketika itu orang yang kaya dan miskin bersatu, pemimpin dan rakyat bersatu, tua muda berkumpul, sehingga mereka akan merasakan kesamarataan. Oleh kerana itu Nabi SAW bersabda ketika meluruskan saf “Janganlah kamu berselisih (tidak lurus dan tidak rapat shafnya), kerana itu akan membuat hati-hati kalian berselisih.” (HR. Muslim)

Kesepuluh , boleh mengetahui keadaan saudaranya yang mungkin sakit sehingga tidak hadir solat jama’ah, kemudian menjenguknya, dll. Atau apabila saudaranya sedang kesusahan maka boleh dibantu. Allahu akbar, indah sekali syariat Islam ini!!

Kesebelas , berkumpul untuk beribadah kepada Allah.

Apabila orang ramai boleh berkumpul di stadium untuk menyaksikan permainan bola sepak, bahkan jumlah mereka itu boleh mencapai berpuluh ribu orang . Maka sesungguhnya mereka itu berkumpul untuk permainan yang bersifat lagho kerana ramai yang tertinggal solat alangkah indahnya jika kita beramai-ramai memenuhkan masjid juga, dapat beratus-ratus pun dah dikira gempak!

Betapa ramai orang boleh ‘berjemaah’ untuk menonton bola sepak, betapa ramai orang boleh berkumpul untuk kempen pilihanraya sampai-sampai jalan jadi jem, , betapa ramai orang boleh berkumpul untuk melihat pameran komputer , betapa ramai orang boleh berkumpul untuk konsert, AJL dan AIM tetapi untuk solat jamaah, untuk belajar di majlis ilmu, dll kenapa tidak boleh sebagaimana ketika berkumpul di stadium, di mall-mall,dewan pameran dan lain-lain?

Keduabelas , generasi akhir umat ini akan merasa terikat dengan generasi awalnya. Iaitu ketika mereka menjadi makmum sebagaimana dahulu para sahabat juga menjadi makmum. Salah satu dari mereka menjadi imam, sebagaimana dahulu Rasulullah SAW juga menjadi imam bagi para sahabat radhiyallahu’anhum. Sehingga masing-masing akan merasakan bahawa mereka sedang meneladani insan-insan yang mulia. Dengan demikian nescaya muncul dorongan yang sangat kuat bagi umat Islam sekarang ini untuk mengikuti generasi Salaf dan tingkah laku mereka.

Aduhai alangkah indahnya, seandainya setiap kali melakukan sebuah amalan syariat kita bisa merasakan hal seperti ini. Iaitu kita merasa sedang berusaha untuk mengikuti Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang mulia. Sesungguhnya dengan demikian tentulah orang akan memiliki motivasi yang sangat kuat di dalam hatinya yang akan mendorongnya untuk menyertai meniti jalan salafush shalih; sehingga dia menjadi seorang Salafi (pengikut Salaf). Bukan kerana masanya, akan tetapi kerana akidah, amalan, perilaku dan manhajnya (sesuai dengan jalan generasi Salaf, pent).

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg Delek

0 comments

















Pada 26/Februari/2010, bersamaan 12 Rabiul Awwal 1431 Hijriah, JKKK Julung-julung kali telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Kg Delek.

Majlis telah bermula pada jam 7.30 pagi, yang di hadiri kira-kira 13 kontinjen, bersamaan 500 peserta dan di hadiri juga oleh Non-Muslim. Perarakan bermula daripada padang orang ramai Kg Delek dan berakhir di Dataran Masjid Nurul Amin Kg Delek.Pihak JKKK juga turut mengadakan pertandingan perarakan

Majlis Telah di rasmikan oleh Datok Ketua Kampung, Tuan Haji Shamsulbahri bin Ehsan, majlis akan berakhir pada sebelah malam, yang acara penutupnya akan diadakan Ceramah Perdana sempena Maulidur Rasul. Program Mulidur Rasul ini adalah sebahagian daripada Program Mini Serambi Mekah di bawah Biro Dakwah, yang pengerusikan oleh Haji Bahari Haji Salleh.

Tiket Perjalanan Percuma

0 comments

Pengenalan
**********

Nama : Hamba Allah
Gelaran : Insan
Berasal : Tanah
Alamat : Planet Bumi

Maklumat Tentang Perjalanan
**************************

Tempat berlepas : Kehidupan Bumi
Tujuan Destinasi : Alam Akhirat
Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Masa Berlepas : Ketika malaikat Izrail menjemput
Masa hadir ( Check In ) : Ketika dan selepas nyawa di cabut
Bentuk Tempahan : Tetap,pasti,mesti dan tidak akan berubah

Syarat-syarat perjalanan
*********************

Di tujukan kepada penumpang di minta ambil perhatian.Perjalanan akan dimulakan dengan meninggalkan kehidupan dunia menuju destinasi akhirat.Sila perhatikan ketua anda atau juru terbang yang di khaskan iaitu malaikat maut.bagi penumpang yang masih samar-samar,dapatkan maklumat lanjut pada kenyataan yang terdapat dalam Al-Qur’an dan hadith Rasulallah dann serta pengikutnya dengan berhati-hati.Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para cendekiawan dan Ulama’




Muatan yang di Benarkan Di Bawa Masuk


*************************************

* Lima meter kain putih
* Kapas putih secukupnya
* Muatan-muatan yang di pertimbangkan :
*Amal soleh
*Sedekah jariah
*Doa’ anak soleh yang mendoa’kan ibu bapanya
*Ilmu yang bermanfaat

Perhatian !!!




***********

Lain-lain muatan yang di tegah adalah atas tanggungjawab para
penumpang.Barangsiapa yang tidak mematuhi akan di denda.

Di Ulang


**********

Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti yang tidak perlu untuk diingatkan lagi.Tapi atas dasar mengingatkan kepada bakal penumpang,maka kami menulis untuk anda semua.Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik dan sesuai dengan firman Allah,Surah al-Kahfi :”Barangsiapa yang mengharap pertemuan yang baik dengan Tuhannya,maka hendaklah ia mengerjakan amalan yang baik.Janganlah pula mensyirikkan Allah dengan sesuatu”.

Karya Profesor

Sama-sama kita Ingati Mati

0 comments

Rasulullah SAW bersabda:
“Perbanyakkanlah mengingati tentang perkara yang menghapuskan kelazatan(maut).’
Sabdanya lagi:
“Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yangg bijaksana. Mereka telah pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat.”
Firman Allah bermaksud:
Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian lari daripadanya itu pasti akan menemui kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat Yg Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata, kelak, Dia akan memberitahumu apa yang telah kamu lakukan.’
(al-Jumaat : 8) Setiap permulaan ada kesudahan, setiap pertemuan ada perpisahan, setiap kehidupan ada kematian…dan dalam album Diwani, ada sebuah lagu bertajuk Yang Abadi, yg mana lagu itu telah mencernakan bahawa tiada yg kekal selain dari Allah…Setiap yang hidup pasti akan mati. Kedatangan maut tidak akan dipercepat atau ditangguh hatta sesaatpun. Ini janji Allah seperti mana yang termaktub dalam kitab suciNya Al-Quran. Kematian bukan suatu penamat atau kesudahan sebuah kehidupan, sebaliknya, ia adalah pintu masuk menuju ke alam akhirat iaitu alam yg akan menentukan natijah kehidupan kita di dunia. Alam untuk kita menikmati hasil cucuk tanam kita semasa di dunia. Kalau elok perhatian kita terhadap tanaman kita di dunia, pasti, hasilnya baik sekali di akhirat…

Kita percaya maut itu adalah perkara yg benar dan pasti akan berlaku, tetapi, kadangkala, kita terlupa menyebabkan kita sering melakukan perkara yg mengundang murka dan laknat Allah, dan tersasar jauh dari RahmatNya. kita terlupa hidup di dunia hanya sementara, kerana itulah kita terus terpukau pada godaan dunia yang mengasyikkan. Bahkan, ada juga yang cuba mengelak dari mati dan membenci detik itu kerana tidak mahu berpisah dengan dunia.

Rasulullah bersabda:
Apabila engkau bangun pagi, janganlah tunggu hingga ke petang, dan apabila engkau berada di waktu petang, janganlah tunggu waktu pagi. Sediakanlah bekal hidupmu dari sekarang untuk matimu kemudian hari, dan ambillah kesempatan masa sihatmu sekarang untuk masa sakitmu nanti.”

Harapan yg panjang terhadap dunia akan melahirkan rasa cinta pada dunia, sedangkan cintakan dunia adalah perkara yg dicela. Ini kerana ia akan menjadikan kita lupa akan mati dan menganggap mati tidak akan berlaku secara tiba-tiba. Walhal, kematian tidak terikat pada masa-masa tertentu. Kanak-kanak, orang muda, orang tua akan mati pada bila-bila masa saja sebaik saja tiba ajalnya. Mungkin ajal kita, seminit dua lagi…Siapa yang dapat menjangka???

Cara yang terbaik untuk mengingati mati ialah dengan membandingkan diri kita dengan orang yg telah meninggalkan kita dan isi dunia. Jika kita melihat mayat dimandikan, kita fikirkan pula diri kita akan dimandikan juga… Apabila melihat jenazah dikafan, kita bayangkan, diri kita akan berada dalam kain kafan itu juga…Semasa jenazah diusung ke tanah perkuburan, tiba detik itu, kita juga akan berada dalam keranda itu dan seterusnya, akan menghuni liang lahad yg gelap gelita itu..bertemankan cacing-cacing dan pelbagai makhluk-makhluk yang setia dalam tanah perkuburan itu…Sesungguhnya, tiada ubat yg paling mujarab untuk hilangkan rasa cintakan dunia selain dari kukuhkan keimanan pada hari Akhir. Dan membayangkan jika kita memikul bebanan dosa yg banyak, kita pasti akan menerima azab pedih yang bertimpa-timpa. di saat itu, tiada gunanya lagi kita mengharapkan simpati sesiapa hatta dari Allah sendiri, kerana pada masa itulah kita akan menyaksikan Kemurkaan Allah dan merasai azabnya yang pedih tak terhingga. Na’udzubillahi min dzalik! Tetapi, jika kita taat melakukan perintahnya dan menghindarkan larangannya, pastinya Allah balas dengan kenikmatan yang tak terperi di akhirat nanti. Sesungguhnya, janji Allah itu amat benar.

Jadikanlah kehidupan di dunia sebagai batu loncatan utk mendapat kenikmatan di akhirat sana…..Semoga kasih sayang Allah memayungi hidup kita…

Kalimah Allah di langit Slim River,Perak. Maha Suci Allah..Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar.

0 comments

Isu nama Allah. Gegak gempita dibumi. Demo merata tempat di negeri-negeri. Bakar gereja, bakar surau dijadikan alat provokasi. Lihatlah.., di dada langit kalimah Allah tertera jelas buat mereka yang berfikir. Apa lagi yang kita bingungkan ? Muhasabahkan diri, tentu ada sesuatu yang wajar ditafsir dari kejadian ini. Subhanallah. Maha Suci Engkau Yang Maha Berkuasa, Ya Allah..!


Kejadian berlaku di daerah Slim River. Antara jam 12.30 pm ~ 2 pm. Dari sumber yang diterima, kalimah Allah itu telah disedari tanpa sengaja oleh seorang guru berbangsa cina yang mana beliau merasa sangat ‘aneh’ kepada tulisan yang timbul itu. Setelah dirujuk gumpalan awan yg terbentuk itu merujuk kepada kalimah ‘Allah’.

Pelajar-pelajar yang berkesempatan melihat ‘keanehan’ yang berlaku hari itu.
Foto dibawah lebih jelas dilihat gumpalan awan yg membentuk kalimah ‘Allah’.
Shot yang diambil dari tingkat bawah bangunan sekolah.
Foto dibawah ini pula sangat menyerupai sepasang tangan manusia yang sedang menadah berdoa dari kedua belah tangannya. Gumpalan awan yg membentuk kalimah bismillah dan masyar juga dapat dilihat.

Dari foto yang diterima ke kotak email wak turut disertakan 2 keping foto yang diambil oleh salah seorang guru sekolah itu, yang mana ketika itu jelas dilihat bagaimana fenomena matahari yang terik dikelilingi oleh jalur bulatan pelangi yang sangat cantik dan menakjubkan.

Kejadian aneh dilangit itu berlaku agak lama, dan gumpalan awan-awan putih yang membentuk kalimah2 tersebut dapat dilihat lebih dari 10 minit sebelum bertukar kepada kalimah yang lain. Subhanallah.

Terima kasih kepada cikgu Amrun Osman yang susah payah menghantar semua foto2 tersebut ke kotak email wak buat tatapan pembaca blog. Allahuakbar !


Sumber : Al Banjari.net

Kepala Babi Hutan Di Masjid

0 comments

Bahaya ni! Ada golongan yang sedang cuba provok supaya berlaku perang agama di negara ni. Bakar gereja,bakar surau dan yang terkini kepala babi hutan di masjid. Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa di sini dan Masjid Jumhuriahdi Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dilempar dengan objek dipercayai kepala **** hutan, awal pagi ini. Masa ni lah Akta ISA sesuai digunakan kerana peristiwa-peristiwa melampau begini kalau diteruskan boleh menjadikan suasana huru hara.

Objek yang dibungkus dengan plastik putih berserta wang tunai sebanyak RM35 itu ditemui jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat Subuh.

kepala babi di masjid

Kita jangan termakan provokasi oleh pihak tertentu tersebut dan isuhangat berharap PDRM dapat menangkap orang yang bertanggungjawab secepat mungkin. Mereka yang telah didapati bersalah membakar gereja dan surau yang berjaya PDRM tangkap sebelum ini haruslah disumbat ke ISA. Setakat ni tiada sebarang info/gambar diaorang ni di media. Walau bagaimana pun Azmin Ali mengatakan orang yang membakar gereja adalah orang UMNO.

Azmin memberitahu media perkara berkenaan selepas melawat Masjid Jumhuriyah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya ekoran insiden kepala babi diletakkan dalam perkarangan masjid berkenaan awal pagi ini.

Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mendakwa, sekurang-kurangnya empat atau lima orang daripada mereka yang ditahan reman, adalah ahli Pemuda Umno, daripada bahagian Gombak dan Ampang.

“Sekurang-kurangnya empat atau lima orang. Malah mereka daripada cawangan mana pun saya tahu,” katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta semua pihak supaya bertenang dan tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri.


Sumber : Isuhangat.Net

Gerhana Matahari

0 comments

MAKLUMAN GERHANA MATAHARI

15 JANUARI 2010
(Separa)

http://2.bp.blogspot.com/_K2JUY2lKdBs/Sz3PGZClcsI/AAAAAAAAAr8/j8-fN4jR27U/s320/Kuala_Lumpur_Malaysia_2010Jan15_anim.gif

Assalamualaikum, salam sejahtera, dimaklumkan bahawa satu kejadian Gerhana Matahari akan berlaku pada awal tahun 2010.

GAMBARAN KETIKA GERHANA PADA
15 JANUARI 2010


Sebelum gerhana kira-kira jam 2:55pm

http://1.bp.blogspot.com/_K2JUY2lKdBs/Sz3K9JSt_gI/AAAAAAAAArU/qjgSrOwGgm8/s640/GERHANA1.jpg


Gerhana paling maksimum. Kira-kira jam 4.30pm.

http://1.bp.blogspot.com/_K2JUY2lKdBs/Sz3LBg3DKUI/AAAAAAAAArc/yp_6T3NWdwg/s640/GERHANA2.jpg



Gerhana pada 5.26 petang.

http://1.bp.blogspot.com/_K2JUY2lKdBs/Sz3LXtyHhdI/AAAAAAAAArk/yVIFvxHNQMI/s640/GERHANA3.jpg



Berikut adalah maklumat teperinci:

Tarikh: 15 Januari 2010

Hari: Jumaat

Masa mula Gerhana: 2:55 Petang

Masa tamat Gerhana: 5:45 Petang

Jenis Gerhana: Separa


Di sunatkan Solat Gerhana Matahari
pada hari dan masa tersebut ,
disertakan dengan Khutbah .

Sumbangan Khidmat Masyarakat

0 comments




Pada 10 / Januari / 2010, satu program khidmat masyarakat telah diadakan di Surau Al-Muhajirin Taman Sungai Sireh Pelabuhan Klang.

Seramai 23 orang penerima sumbangan bag daripada Kerajaan Negeri Selangor dan 8 orang penerima sumbangan untuk anak yatim sebanyak RM80.00.

Sumbangan telah di sampaikan oleh Encik Haji Bahari Haji Salleh selaku wakil YB Dr. Hajjah Halimah Ali (Adun Selat Kelang) bagi Zon Sungai Sireh.

Qunut Nazilah Dalil & Sejarah

4 comments

Definisi "Qunut":
Sebelum kita bincangkan dengan lebih lanjut, ada baiknya kita mengetahui
terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan "Qunut".

Dari segi bahasa, "Qunut" mempunyai banyak makna. Antaranya ialah taat
dan mendirikan perintah Allah, solat, berdiri yang lama, pengabdian,
diam, khusyu' dan beberapa makna lagi.
(Rujuk: Lisan al-'Arab 2/73, al-Qamus al-Muhit 158, al-Munjid fi
al-Lughah 656).

Dari segi istilah, Ibn 'Allan menghuraikan maksud "Qunut" di sisi
syariat ialah satu nama bagi doa yang dibaca di dalam solat pada tempat
yang dikhususkan semasa berdiri. Menurut Syeikh Ibn 'Uthaimin, qunut
ialah satu istilah yang diberikan kepada doa yang sesuai dengan sesuatu
keadaan atau ketika berlakunya sesuatu bencana. Inilah apa yang
dinamakan sebagai qunut nazilah.
(Rujuk: Al-Asqalani, Ibn Hajar, Fath al-Bari, 2/633. Ibn al-'Uthaimin,
Syarah Bulugh al-Maram, Kitab al-Solat, 224).

Definisi"Nazilah":

Kita telah mengetahui makna "qunut" secara ringkas, apa pula yang
dimaksudkan dengan "nazilah"?

Dari segi bahasa, "nazilah" ialah suatu keadaan yang gawat, mencemaskan
dan terdesak.

Dari segi istilah, ia bermaksud suatu keadaan bencana yang menimpa ke
atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak
penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.

Hadis-hadis dan athar tentang qunut nazilah.

Setelah diperhatikan kebanyakan riwayat-riwayat yang menyebut tentang
doa qunut nazilah ini, didapati ianya terbahagi kepada dua bahagian:
1) Riwayat yang sahih,
2) Riwayat yang tidak sahih.

Pertama: Riwayat yang sahih

Terdapat banyak hadis-hadis sahih yang thabit daripada Rasulullah saw
berkenaan dengan qunut nazilah. Hadis-hadis ini menjelaskan tentang
bagaimana qunut nazilah disyariatkan, tempat bacaannya, apa yang perlu
dibaca, bila ia bermula dan berakhir dan sebagainya.

Dalam tulisan yang ringkas ini, hanya akan menyebut beberapa contoh
penting daripada hadis-hadis tersebut.

· a) Riwayat Abu Hurairah r.a:
· - Abu Hurairah berkata: "Ketika solat Subuh, selepas Rasulullah saw
selesai membaca (al-Fatihah dan surah), baginda bertakbir (untuk rukuk)
dan mengangkat kepalanya kembali, lalu baginda membaca: "Sami'allahu
liman hamidahu, rabbana walaka al-hamdu". Kemudian, baginda membaca doa
dalam keadaan berdiri: "Ya Allah, selamatkanlah al-Walid bin al-Walid,
Salamah bin Hisham, 'Iyash bin Abi Rabia'h dan semua golongan yang
tertindas dari kaum mukminin. Wahai Allah, hancur dan musnahkanlah kaum
kafir yang memberi mudharat, dan jadikanlah ke atas mereka tahun-tahun
yang sengsara seperti yang berlaku pada zaman nabi Yusuf" . (Riwayat
al-Bukhari (no.2600) dan Ahmad 2/239, 396)
.

Di dalam riwayat Imam Muslim (no. terdapat tambahan doa seperti berikut:
"Ya Allah, laknatilah kabilah Lihyan, Ri'l, Zakwan dan 'Usaiyah yang
telah menderhakai Allah dan juga RasulNya".


Di dalam hadis ini menceritakan bahawa Rasulullah saw mendoakan supaya
Allah Azza wa Jalla menyelamatkan beberapa orang sahabat baginda yang
masih tinggal di Mekah. Selepas masuk Islam, mereka itu diseksa dan
diazab oleh kafir Quraish. Dengan keberkatan doa Rasulullah saw, mereka
semua selamat dan kemudian terus berhijrah kepada baginda di Madinah.

· - Abu Hurairah berkata: "Sesungguhnya aku akan dekatkan solat kalian
dengan cara solat Rasulullah". Abu Hurairah membaca doa qunut pada
rakaat terakhir dalam solat Zohor, 'Isya', dan Subuh, selepas beliau
menyebut: "sami'allahu liman hamidahu", beliau mendoakan kebaikan kaum
mukminin dan laknat ke atas golongan kafir". (Riwayat al-Bukhari (797),
Muslim (676).

Dalam riwayat ini, Abu Hurairah menggunakan caranya tersendiri supaya
orang lain mencontohi cara solat beliau. Ini kerana cara solat beliau
adalah yang paling sama dengan solat Rasulullah saw.

· b) Riwayat Anas bin Malik r.a
· - Muhammad bin Sirin berkata: Anas bin Malik pernah ditanya: Adakah
Nabi saw membaca doa qunut dalam solat Subuh? Jawab Anas: Ya. Ditanya
lagi: Adakah baginda berqunut sebelum atau selepas rukuk? Anas menjawab:
Selepas rukuk dalam tempoh yang sekejap sahaja.
(Riwayat al-Bukhari (1001), Muslim (677).


Yang dimaksudkan dengan "tempoh yang sekejap" ialah selama sebulan
seperti yang dijelaskan dalam riwayat 'Asim. Boleh juga dikatakan
maksudnya ialah dalam kadar masa yang sekejap sahaja seperti tempoh
rukuk dan sujud.
(Lihat: Fath al-Bari 2/632, 'Aun al-Ma'bud 2/225).

· - Anas bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah saw membaca doa qunut
selepas daripada rukuk, selama sebulan di dalam solat Subuh, baginda
berdoa (laknat) ke atas Bani 'Usaiyah. (Riwayat Muslim). Di dalam
riwayat lain daripada Anas juga, dinyatakan bahawa baginda saw berdoa ke
atas Bani Ri'l, Zakwan, dan baginda berkata 'Usaiyah telah menderhaki
Allah dan rasulNya. (Riwayat al-Bukhari (4094), Muslim).


· - Dalam riwayat lain, Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi saw
pernah mengutuskan seramai 70 orang yang terdiri daripada para qurra'
(yang alim dan mahir dalam bacaan al-Quran). Kumpulan para qurra' ini
dihantar untuk memenuhi permintaan beberapa kabilah seperti Ri'l dan
Zakwan. Apabila rombongan tersebut sampai kepada kabilah Ri'l dan Zakwan
berhampiran dengan sebuah telaga, dikenali telaga Mau'nah (Bi'r
Mau'nah), kabilah tersebut berkata: Demi Allah, bukan kamu semua yang
kami perlukan, sesungguhnya kami inginkan Nabi saw. Kabilah-kabilah
tersebut telah menipu dan khianat kepada Rasulullah saw. Mereka telah
membunuh semua 70 orang para qurra' tersebut. Apabila berita ini sampai
kepada Nabi saw, baginda amat sedih. Lalu, baginda berdoa (laknat) ke
atas kabilah-kabilah tersebut selama sebulan di dalam solat Subuh. Maka,
inilah permulaannya doa qunut. (Rujuk kisah ini dalam Sahih al-Bukhari
(4088).


- 'Asim al-Ahwal berkata: Aku bertanya kepada Anas bin Malik tentang doa
qunut, (adakah ia dibaca) dalam sembahyang? Anas menjawab: Ya. Aku
bertanya lagi: Ia dibaca sebelum atau selepas rukuk? Anas menjawab:
Sebelum rukuk. Aku bertanya lagi: Sesungguhnya si fulan memberitahuku
yang engkau pernah menyatakan qunut dibaca selepas rukuk. Anas berkata:
Tidak benar, sesungguhnya Nabi saw membaca doa qunut selepas rukuk
selama sebulan… (iaitu selepas daripada peristiwa Bi'r Maunah seperti
yang disebutkan di atas). (Riwayat al-Bukhari (4096), Muslim)

· c) Riwayat Ibn 'Abbas
· - Ibn 'Abbas berkata bahawa Rasulullah saw membaca doa qunut selama
sebulan berturut-turut di dalam solat Zohor, Asar, Maghrib, 'Isya' dan
Subuh di penghujung setiap solat, iaitu apabila baginda menyebut
"sami'allahu liman hamidah" pada rakaat terakhir, lalu baginda berdoa ke
atas kabilah-kabilah dari Bani Sulaim, dan orang yang dibelakang baginda
mengaminkannya. Kabilah-kabilah tersebut ialah kabilah yang telah
diutuskan kepada mereka (sekumpulan qurra') untuk mengajarkan mereka
agama Islam, lalu mereka membunuh para qurra' tersebut. 'Ikrimah
berkata: Ini adalah permulaan doa qunut. (Riwayat Ahmad 1/301), Abu Daud
(1443). Menurut Al-Albani di dalam kitabnya Irwa' al-Ghalil 2/163, hadis
ini adalah hasan)

· d) Riwayat Ibn Umar
· - Salim menceritakan daripada Ibn Umar yang beliau mendengar Nabi saw
menyebut di dalam solat Subuh, selepas baginda mengangkat kepalanya dari
rukuk pada rakaat terakhir: "Allahumma rabbana walaka al-hamd" .
Kemudian, baginda berdoa: "Ya Allah, laknatilah si fulan dan si fulan".
Lalu Allah turunkan ayat (yang bermaksud): "Engkau tidak berhak
sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu,
(kerana urusan mereka tertentu bagi Allah)"…(Ali-Imran:128)


· - Daripada Malik bin Nafi' katanya: "Sesungguhnya Ibn Umar tidak
membaca doa qunut di dalam mana-mana solat". Daripada sumber Abi
al-Sya'tha' katanya: "Aku bertanya Ibn Umar tentang doa qunut di dalam
solat Subuh, beliau berkata: Aku tidak rasakan ada seorang pun yang
melakukannya". (Riwayat Malik di dalam al-Muwatta' dengan sanad yang
sahih (379)
.

Maksud hadis ini bahawa Ibn Umar tidak membaca doa qunut di dalam
mana-mana solat iaitu tidak membacanya secara berterusan setiap hari,
bukanlah menafikannya secara mutlak. Ini kerana terdapat riwayat lain
yang menyebut beliau membaca doa qunut di dalam solat witir dan sebagainya.

· e) Riwayat al-Barra' bin 'Azib
· - Al-Barra' bin 'Azib menyatakan bahawa Rasulullah saw membaca doa
qunut pada solat Subuh dan Zohor. (Riwayat Muslim (678).

· f) Riwayat Abu Malik al-Asyja'ie
· - Malik al-Asyja'ie berkata: Aku bertanya ayahku: "Wahai ayahku,
sesungguhnya engkau telah bersembahyang di belakang Rasulullah saw, Abu
Bakar, Umar dan Uthman (di Madinah) dan dibelakang Ali di Kufah lebih
kurang selama lima tahun. Adakah mereka semua membaca qunut dalam solat
Subuh? Jawab ayahku: "Wahai anakku, itu adalah perkara baru dalam agama".


"Perkara baru dalam agama" yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah
melazimkan membaca doa qunut dalam solat Subuh dengan satu doa yang
khusus. Manakala membaca qunut nazilah disebabkan sesuatu musibah yang
berlaku adalah amalan yang thabit daripada Rasulullah saw dan
keempat-empat para khalifah. Oleh itu, difahami daripada hadis ini
bahawa Rasulullah saw dan para khalifah tidak melazimkan membaca doa
qunut Subuh setiap hari.

Kedua: Riwayat yang tidak sahih

Salah satu riwayat yang tidak sahih, tetapi popular dan sering digunakan
sebagai hujah ialah:

Riwayat Abu Ja'far al-Razi, beliau meriwayatkan daripada al-Rabi' bin
Anas, dan al-Rabi' meriwayatkan daripada Anas bin Malik, katanya: "
Rasulullah s.a.w berterusan membaca doa qunut pada waktu Subuh sehingga
baginda berpisah dengan dunia (wafat)"

Dalam satu riwayat lain disebutkan: "Sesungguhnya Nabi s.a.w membaca doa
qunut selama sebulan, baginda berdoa ke atas pembunuh para sahabatnya
(yang dibunuh) di Bi'ru Mau'nah, kemudian baginda tidak membacanya lagi.
Manakala dalam solat Subuh, baginda terus membaca doa qunut sehinggalah
baginda wafat".

Hadis ini daif disebabkan kecacatan yang ada pada perawinya iaitu Abu
Ja'far al-Razi. Beliau ialah Isa bin Mahan. Ramai ulamak hadis telah
memberikan komentar tentang dirinya dan menilainya sebagai seorang yang
daif di sisi ulamak hadis. Antaranya ialah Imam Ahmad, Ibn al-Turkimani,
Ibn al-Jauzi, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah, Ibn al-Qayyim, al-Syaukani,
Syuaib dan Abdul Qadir al-Arnaut dan lain-lain.

Hukum membaca Qunut Nazilah

Jumhur ulamak bersepakat bahawa tidak wajib membaca qunut nazilah, dan
meninggalkannya tidak membatalkan solat.

Menurut al-Qurtubi di dalam kitab al-Jami' Li Ahkam al-Quran: (Al-Tabari
menjelaskan bahawa telah menjadi ijma' meninggalkan qunut nazilah
bukanlah perkara yang membatalkan solat).
(Rujuk: Al-Qurtubi, al-Jami' li ahkam al-Quran, 2/129).

Ibn 'Uthaimin di dalam Syarah al-Mumti' menyatakan: (Telah ijma' para
ulamak bahawa qunut ini (nazilah) tidak wajib, tetapi afdhal untuk imam
membacanya).
Rujuk: Ibn 'Uthaimin, Syarah al-Mumti', 4/59).

Para fuqaha' berbeza pendapat tentang hukum membaca qunut nazilah ketika
berlakunya sesuatu musibah.

Pendapat yang lebih tepat (rajih) ialah pendapat para ulamak dari mazhab
Hanafi, Syafie dan Hanbali iaitu disyariatkan untuk membaca doa qunut
ketika berlakunya musibah. Pendapat ini berdasarkan dalil-dalil yang
telah dinyatakan sebelum ini.

Apa yang perlu dibaca?

Menurut pendapat majoriti ulamak, tidak ada doa khusus tertentu yang
perlu dibaca di dalam doa qunut nazilah. Jadi, doa yang dibaca ialah apa
yang bersesuaian dengan musibah yang berlaku ketika itu.
(Rujuk: Badai' al-Sanai' (1/406), al-Istizkar (2/285), al-Mughni (2/587)

Oleh itu, dalam suasana musibah yang menimpa umat Islam di Palestin ini,
kita boleh berdoa semoga Allah membantu dan memberikan kemenangan kepada
mujahidin di sana. Semoga Allah menghancurkan kumpulan musuh iaitu
Zionis dan Amerika Syarikat. Semoga pakatan mereka
menjadi porak peranda, tentera-tentara mereka menjadi gementar dan takut
dan sebagainya. Semua doa ini dibaca dalam bahasa Arab.

Bolehkah Qunut Nazilah dibaca dalam semua solat fardhu?

Para ulamak berbeza pendapat di dalam hal ini. Menurut pendapat yang
rajih, doa qunut nazilah boleh dibaca di dalam semua solat fardhu.
Pendapat inilah dipegang oleh para ulamak mazhab Syafie, pandangan yang
tepat di kalangan ulamak mazhab Hanbali, sebahagian ulamak mazhab Maliki
dan majoriti ulamak hadis.

Pandangan ini berdasarkan hadis-hadis yang telah dinyatakan sebelum ini.
Sebagai contoh, hadis riwayat Ibn Abbas: Ibn 'Abbas berkata bahawa
Rasulullah saw membaca doa qunut selama sebulan berturut-turut di dalam
solat Zohor, Asar, Maghrib, 'Isya' dan Subuh di penghujung setiap solat…
(Riwayat Ahmad 1/301), Abu Daud (1443). Menurut Al-Albani di dalam
kitabnya Irwa' al-Ghalil 2/163, hadis ini adalah hasan).

Jadi, doa qunut nazilah ini boleh dibaca pada rakaat terakhir dalam
semua solat fardhu. Pendapat ini jugalah yang dipegang oleh Ibn
Taimiyah, Ibn al-Qayyim, Ibn Hazm, al-Syaukani dan lain-lain lagi.

Bolehkah Qunut Nazilah dibaca dalam solat-solat sunat?

Para ulamak berbeza pendapat dalam hal ini:

Pertama: Pendapat ulamak Mazhab Maliki dan Hanbali: Tidak ada bacaan doa
qunut dalam solat selain daripada solat fardhu yang lima.

Kedua: Pendapat ulamak mazhab Syafie: Boleh membaca qunut nazilah dalam
solat selain solat fardhu.

Pendapat yang tepat:

Pendapat yang tepat (rajih) -Allah yang lebih mengetahui- ialah pendapat
yang pertama. Ini kerana tidak terdapat hadis sahih mahupun daif yang
menyebut bahawa Rasulullah saw membaca doa qunut di dalam solat selain
daripada solat fardhu. Bahkan riwayat yang sahih menunjukkan bahawa
baginda hanya membaca qunut nazilah dalam solat fardhu. Doa qunut
merupakan ibadah khusus yang dibaca pada waktu yang khusus. Maka
pendapat yang menyatakan bahawa ia boleh dibaca dalam solat selain solat
fardhu memerlukan kepada dalil yang menerangkannya. Antara yang memilih
pendapat ini ialah Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah.
(Rujuk: Ibn Uthaimin, al-Syarah al-Mumti', 4/56).

Bila hendak berdoa- sebelum atau selepas rukuk ?

Dalam hal ini terdapar tiga pendapat di kalangan para ulamak:

Pendapat pertama: Ulamak mazhab Syafie, mazhab Hanbali, satu pendapat
dari kalangan ulamak mazhab Hanafi dan Maliki: Qunut dibaca selepas
daripada rukuk.

Dalilnya ialah hadis riwayat al-Bukhari bermaksud: "Anas ditanya: Adakah
Rasulullah saw membaca doa qunut dalam solat subuh? Jawab Anas: Ya,
iaitu selepas rukuk".Pendapat ini dipilih oleh sekumpulan para ulamak
antaranya ialah Ibn al-Munzir, Ibn Hazm, al-Azim Abadi dan selain
mereka. (Rujuk: Nail al-Awtar 1/632, Subul al-Salam 1/224).

Pendapat kedua: Pendapat yang masyhur mazhab Maliki dan satu pendapat
dalam mazhab Hanafi: Qunut dibaca sebelum daripada rukuk.

Hujah mereka ialah Rasulullah saw membacanya sebelum rukuk. Begitu juga
dengan Uthman bin Affan, berdasarkan hadis riwayat Anas bin Malik (yang
telah disebutkan sebelum ini).

Pendapat ketiga: Salah satu pendapat mazhab Maliki dan Hanbali: Boleh
dipilih sama ada dibaca sebelum atau selepas rukuk.

Dalilnya ialah hadis riwayat Humaid, katanya: Anas ditanya tentang
bacaan qunut dalam solat subuh. Jawabnya: "Kami membaca qunut sebelum
rukuk dan ada juga selepasnya". (Riwayat Ibn Majah (1183).


Pendapat yang tepat:

Pendapat yang tepat -Allah lebih mengetahui- ialah pendapat ketiga. Imam
boleh memilih sama ada untuk membacanya sebelum atau selepas rukuk.
Pendapat ini juga berdasarkan amalan sebahagian sahabat seperti Umar dan
Uthman. Pendapat inilah yang dipilih oleh al-Bukhari, Ibn Hajar, Syeikh
al-Islam, Ibn Baz, Ibn Uthaimin, al-Albani.

Adakah imam membaca Qunut Nazilah dengan suara yang kuat (jahar) atau
perlahan (sir)?

Para ulamak berbeza pendapat dalam hal ini.

Pertama: Pendapat para ulamak mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie(bukan
pendapat yang tepat) iaitu imam perlu membaca doa qunut ini secara perlahan.

Mereka berdalilkan ayat 55, surah al-A'raf:
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara)
perlahan-lahan."


Kedua: Pendapat para ulamak dari mazhab Syafie (pendapat yang masyhur),
mazhab Hanbali dan satu pendapat dari mazhab Hanafi iaitu qunut dibaca
dengan kuat (jahar).

Mereka berdalilkan dengan hadis-hadis yang menunjukkan bahawa Rasulullah
membaca doa qunut dengan suara yang kuat (seperti hadis-hadis yang telah
dinyatakan sebelum ini).

Pendapat yang lebih tepat (rajih):

Pendapat yang lebih tepat -Allah yang lebih mengetahui- ialah pendapat
kedua iaitu disunatkan imam untuk membaca qunut nazilah dengan suara
yang kuat dalam semua solat fardhu.

Pendapat ini berdasarkan hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari bahawa baginda saw menyaringkan suaranya ketika membaca qunut.
Terdapat juga hadis Ibn Abbas yang menunjukkan bahawa para makmum yang
dibelakang baginda mengaminkan doa qunut tersebut. Dan hal ini berlaku
hanya jika imam membacanya secara kuat.

Bolehkah doa Qunut Nazilah ketika solat berseorangan?

Dalam persoalan ini, terdapat empat pendapat di kalangan para ulamak:

Pendapat pertama: Pendapat yang masyhur dalam mazhab Hanbali: Tidak
boleh membaca qunut nazilah kecuali hanya pemimpin utama umat Islam di
dalam sesebuah negara Islam.
(Rujuk: Al-Syarh al-Kabir 4/136)

Pendapat kedua: Pendapat mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan satu riwayat
dari mazhab Hanbali: Doa qunut ini boleh dibaca oleh semua imam yang
menjadi imam solat jemaah. (Rujuk: Hashiyah Ibn 'Abidin 2/390,
al-Istizkar 5/175, al-Majmu' 3/461, al-Insaf 4/136)

Pendapat ketiga: Satu riwayat dalam mazhab Hanbali, pendapat yang
dipilih oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah dan satu pendapat daripada
Syeikh Ibn 'Uthaimin: Setiap orang yang menunaikan solat fardhu boleh
membaca doa qunut ini, sama ada imam, makmum atau pun yang solat
bersendirian. (rujuk: Majmu' al-Fatawa 23/111)

Pendapat keempat: Satu pendapat di kalangan ulamak mazhab Hanbali dan
Ibn 'Uthaimin: Doa qunut ini adalah khas dengan izin pemimpin, jika
pemimpin memberi arahan, maka ia dibaca. (Rujuk: al-Furu' 1/484)

Pendapat yang lebih tepat (rajih):
Pendapat yang rajih -Allah lebih mengetahui- ialah pendapat yang ketiga
(satu pendapat dari Imam Ahmad dan yang dipilih oleh Syeikh al-Islam)
iaitu doa qunut boleh dibaca oleh semua orang yang sembahyang; imam,
makmum dan juga yang sembahyang secara berseorangan. Pendapat inilah
yang dipilih oleh Syeikh Ibn Baz.

Pendapat ini berdasarkan dalil hadis riwayat al-Bukhari (maksudnya):
"Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku solat". Hadis ini secara
jelas menunjukkan bahawa perbuatan Nabi saw di dalam solat adalah
disyariatkan untuk semua kaum muslimin secara umum. Tidak ada pula dalil
lain yang mengkhususkan bahawa qunut nazilah ini hanya boleh dibaca oleh
imam sahaja atau pemimpin utama umat Islam.

Malah terdapat riwayat lain yang menunjukkan beberapa orang sahabat yang
turut membaca qunut ini sedangkan mereka bukanlah pemimpin utama umat
Islam ketika itu. Antaranya ialah Abu Hurairah, Anas, Ibn Abbas,
al-Barra', Muawiyah dan lain-lain lagi.

Bolehkah wanita yang solat fardhu di rumah secara berseorangan membaca
Qunut Nazilah?

Syeikh Abdullah bin Jibrin pernah ditanya tentang soalan ini.
Jawapannya: Wanita yang solat fardhu dirumah boleh membaca doa qunut
nazilah. Ini berdasarkan dalil-dalil yang umum daripada al-Quran dan
sunnah yang menunjukkan pensyariatan membaca doa.

Perbincangan tentang ayat 128, surah Ali Imran
Apakah sebab diturunkan ayat 128, surah Ali Imran?
"Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan
(orang-orang ang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah)".

Ibn al-Jauzi di dalam kitab Zad al-Masir, menyebut beberapa pandangan
tentang sebab ayat ini diturunkan, antaranya ialah:
1) Rasulullah saw telah tercedera dalam peperangan Uhud, luka dahinya
sehingga mengalir darah di mukanya. Lalu baginda berkata: Bagaimana
hendak berjaya bagi satu kaum yang telah sanggup bertindak sebegini
kepada nabi mereka. Baginda berdoa ke atas mereka itu. Maka turunlah
ayat ini. Ini ialah pendapat Ibn Abbas, al-Hasan dan Qatadah.

2) Rasulullah saw melaknat ke atas golongan munafik. Maka turunlah ayat
ini. Ini pendapat Ibn Umar.

3) 70 orang sahabat dari ahli suffah pergi kepada dua kabilah daripada
bani Sulaim iaitu 'Usaiyah dan zakwan. Lalu mereka semua dibunuh. Maka
Nabi saw pun mendoakan ke atas kabilah tersebut selam empat puluh hari.
Lalu turunlah ayat ini. Ini adalah pendapat Muqatil bin Sulaiman.

Apakah maksud ayat ini?

Menurut Ibn Kathir di dalam tafsirnya Tafsir al-Quran al-'Azim, ayat ini
bermaksud segala urusan adalah kembali kepada Allah, seperti firmanNya
(bermaksud):

"Maka tidaklah menjadi hal kerana tanggunganmu hanyalah menyampaikan
hukum-hukum yang Kami turunkan kepadamu; dan urusan Kami menghitung dan
membalas amal mereka". (al-Ra'd: 40)


" Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang
kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan
petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan
memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
undang-undang peraturanNya). (al-Baqarah: 272)


"Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah
petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam),
tetapi Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada
sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan
Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang (ada persediaan
untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)". (al-Qasas: 56)


Adakah ayat ini telah memansuhkan Qunut Nazilah?

Menurut Imam al-Qurtubi di dalam kitabnya al-Jami' li ahkam al-Quran,
bahawa sesetengah golongan menganggap bahawa ayat ini telah memansuhkan
qunut yang dibaca oleh Nabi saw selepas rukuk pada rakaat terakhir dalam
solat Subuh. Mereka berhujah dengan hadis Ibn Umar yang beliau mendengar
Nabi saw menyebut dalam solat Subuh, selepas mengangkat kepala daripada
rukuk bacaan "Allahuma rabbana walaka al-hamd fi al-akhirah", kemudian
baginda membaca "Wahai Allah, laknatlah si fulan dan sifulan". Lalu,
Allah menurunkan ayat ini (ali imran: 128). Hadis ini telah diriwayat
oleh al-Bukhari dan Muslim daripada hadis abu Hurairah.

Namun, ini bukanlah bermaksud telah berlakunya mansukh. Tetapi Allah swt
ingin memberi peringatan kepada NabiNya bahawa segala urusan tidak
ditentukan oleh baginda. Dan baginda tidak mengetahui sesuatu pun
daripada perkara yang ghaib melainkan apa yang telah diajarkan
kepadanya. Sesungguhnya segala ketentuan itu kembali kepada Allah. Allah
akan menerima taubat dari sesiapa yang dikehendaki, dan akan
mempercepatkan hukuman ke atas sesiapa yang dikehendakinya…
(Rujuk: Al-Qurtubi, al-Jami' li Ahkam al-Quran, 2/129)

Maka, pendapat yang lebih tepat (rajih) ialah digalakkan untuk membaca
qunut nazilah ketika berlakunya apa-apa musibah. Pendapat yang
menyatakan bahawa qunut nazilah telah dimansuhkan dengan ayat ini adalah
pendapat yang kurang tepat (marjuh).

Bolehkah mendoakan laknat ke atas orang kafir?

Dibolehkan mendoakan laknat ke atas orang kafir dalam qunut nazilah dan
menyatakan golongan tertentu di dalam doa sama ada doa kebaikan atau pun
doa laknat ke atas mereka. Pendapat ini dipilih oleh kebanyakkan para
ulamak, antaranya ialah Imam Malik, Imam Ahmad, Ibn Hibban, Ibn Battal,
Ibn Qudamah, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah, Ibn al-Qayyim, al-Nawawi, Ibn
Hazm, Ibn 'Asyur dan al-Sana'ni.

Telah thabit daripada sebahagian sahabat seperti Umar dan Abu Hurairah
yang mendoakan laknat ke atas orang kafir. (seperti hadis yang telah
disebutkan sebelum ini)

Al-Hafiz Ibn Hajar juga membahaskan perkara ini di dalam Fath al-Bari,
di dalam bab doa untuk kaum musyrikin. Rumusan daripada perbahasan
tersebut, boleh berdoa laknat ke atas kaum musyrikin dan hukum ini tidak
mansuh. Ada pun yang dilarang ialah doa ke atas orang kafir yang ada
harapan untuk melembutkan hati mereka supaya menerima agama
Islam….(Rujuk: Ibn Hajar, Fath al-Bari, Kitab al-Da'wat, Bab al-Dua' lil
musyrikin, 11/234).

Oleh itu, dalam hal mendoakan laknat ke atas golongan kafir ini, boleh
dibahagikan kepada dua keadaan:

Pertama: Orang kafir yang memerangi orang Islam; maka dibolehkan untuk
mendoakan laknat ke atas mereka. Pendapat ini dipegang oleh kebanyakan
para ulamak.

Kedua: Orang kafir yang menghormati agama Islam, tidak memerangi orang
Islam dan dilihat ada harapan untuk melembutkan hati mereka supaya
menerima Islam; maka tidak boleh untuk mendoakan laknat ke atas mereka.
Malah, didoakan supaya mereka ini mendapat hidayah dan bertaubat.

Inilah kesimpulan daripada gabungan dan penyelerasan di antara dalil-dalil yang berkaitan perkara ini.

Bolehkah mendoakan laknat ke atas seseorang orang kafir secara khusus?

Para ulamak berbeza pendapat dalam perkara ini. Menurut pendapat Syeikh
Ibn Uthaimin, beliau membawakan firman Allah Taala dalam surah
al-Baqarah, ayat 89:
"Maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang
kafir ingkar itu".


Menurut beliau, di antara pengajaran ayat ini ialah orang kafir layak
untuk mendapat laknat Allah dan ianya suatu yang pasti. Berdasarkan ayat
ini, sebahagian ulamak menjadikannya dalil bahawa boleh untuk mendoakan
laknat ke atas orang kafir secara khusus. Tetapi tidak ada dalil tentang
perkara ini. Ini kerana ayat di atas menyebut laknat ke atas orang kafir
secara umum dan ia pula adalah suatu pernyataan daripada Allah swt.
Tidak semestinya dengan pernyataan ini, dibolehkan juga untuk berdoa.

Antara bukti yang menunjukkan bahawa tidak boleh untuk mendoakan laknat
ke atas seseorang kafir secara khusus ialah Nabi saw pernah mendoakan
laknat ke atas si fulan dan si fulan yang terdiri daripada pemimpin
orang kafir. Lalu Allah melarang perbuatan baginda. Ini kerana, jika
seseorang kafir itu masih hidup, kemungkinan dia akan mendapat hidayah
Allah. Sekiranya dia telah mati, maka Nabi saw pernah bersabda
bermaksud: "Janganlah kamu mencerca orang yang telah mati…." (Riwayat
al-Bukhari)


Di tempat yang lain Allah swt berfirman maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." (al-Baqarah:159)


Diantara pengajaran ayat ini ialah dibolehkan untuk mendoakan laknat ke
atas golongan yang menyembunyikan ilmu, secara umum. Tidak didoakan
secara khusus kepada individu tertentu. Ini kerana doa secara khusus ke
atas individu tertentu tidak dibolehkan walaupun ke atas mereka yang
termasuk dalam golongan yang layak mendapat laknat. Sebabnya, tidak
diketahui bagaimanakah keadaan dia akan mati. Kemungkinan dia akan
mendapat hidayah Allah, sepertimana peringatan Allah kepada baginda Nabi
saw:

"Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) Dalam urusan
(orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi
Allah), sama ada Dia menerima taubat mereka" (ali-imran, 128).


Renungan:

Jika kita perhatikan ayat ini sebaik mungkin, maka tidak terdapat
larangan secara jelas. Tetapi ianya menunjukkan suatu adab yang tinggi
dan manhaj yang kental dalam berhadapan dengan situasi kekalahan dan
memohon pertolongan daripada Allah. Ayat ini diturunkan dalam keadaan
umat Islam berhadapan dengan situasi yang getir dalam peperangan Uhud.
Suasana ini sangat memberi kesan yang pedih kepada pejuang Islam ketika
itu. Lalu, dalam keadaan itu, Rasulullah saw berdoa keburukan ke atas
pihak musuh. Seolah-olah baginda telah menutup sinar hidayah daripada
golongan tersebut disebabkan apa yang telah mereka lakukan. Jadi,
dibimbangi kaum muslimin akan menganggap bahawa sebab utama tertewas
dalam peperangan itu disebabkan golongan musuh yang didoakan laknat itu,
bukanlah disebabkan mereka itu mengingkari arahan Rasul. Lalu diturunkan
ayat tersebut.

Kemudian disebutkan sebab yang sebenarnya disebalik kekalahan itu. Allah
swt berfirman maksudnya:

"Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjinya (memberikan
pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka
(beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang
semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan
(perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah)
sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai
(kemenangan dan harta rampasan perang). di antara kamu ada yang
menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang
menghendaki akhirat…(Ali Imran, ayat 152).

Ayat ini menerangkan sebab yang sebenar disebalik kekalahan tersebut.
Seakan-akan Allah ingin menyatakan bahawa tidak ada manfaat jika kamu
melaknat mereka untuk meraih pertolongan dan janganlah kamu menjauhkan
mereka dari hidayah semata-mata untuk menghilangkan kesedihan kamu.

Dari sudut yang lain, kita perlu faham bahawa dalam menghadapi serangan
dan cengkaman pihak
musuh, tidak cukup sekadar berdoa dan mengutuk mereka sahaja. Tetapi,
seluruh umat ini harus bertindak dan berusaha memperjuangkan agamanya.
Semangat jihad perlu ditiupkan sentiasa dalam jiwa sanubari umat ini.
Tidak hanya sekadar duduk di atas tikar sembahyang, khusyuk berzikir
membilang biji tasbih sambil mengharapkan musuh-musuh Islam ditewaskan.
Para generasi agung salaf al-soleh adalah golongan yang soleh dan
semestinya ketaqwaan mereka jauh lebih mulia dari kita. Mereka yang
telah dijamin mendapat keredhaan Allah ini juga tidak hanya duduk di
dalam masjid beribadat dan berzikir. Tetapi, mereka tetap keluar
berdakwah, berjuang di medan jihad demi menegakkan agama. Sejarah Islam
telah mencatatkan kisah perjuangan mereka sebagai taudalan kepada
generasi seterusnya.

Marilah kita hulurkan bantuan kita kepada para pejuang yang ikhlas
membela kebenaran dan mempertahankan bumi Palestin tercinta. Biar jutaan
peluru dihambur, tetapi semangat juang mereka tidak pernah luntur. Malah
semakin banyak strategi yang disusun atur. Ramai musuh durjana yang
gugur tersungkur. Oleh itu, sokongan dan bantuan kita juga mesti
dihulur. Jangan mudah mengalah dan berasa lemah. Membaca qunut nazilah
bukan beerti menyerah kalah Berusahalah, kemudian kita pasrah dan
berserah kepada Allah yang Maha Gagah.

Wallahu'alam
Yang Benar Itu dari Allah dan Rasul
Yang Lemah dan Silap itu dari Hambanya