Search

Kempen Barangan Dalam Masjid

Soalan: Pandangan Dr MAZA mengenai sesetengah penceramah yang berkempen atau menjual barangan mereka dalam masjid

Jawapan: Dukacita sebahagian penceramah, menjadikan masjid dan surau sebagai platform mengiklankan barang-barang jualan mereka. Atau mengiklan produk-produk mereka yang disokong oleh dalil-dalil yang kebanyakannya tidak benar. Namun masyarakat umum yang telah memberi kepercayaan, ramai yang termakan.

Akhirnya masjid menjadi pusat iklan barangan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Sedangkan peniaga-peniaga lain tidak ada peluang. Kalau satu syarikat diizinkan, mengapa syarikat yang lain tidak? Jika semuanya diizinkan, jadilah masjid bagaikan ‘pasar lambak’ tempat peniaga mengiklankan barangan mereka. Nabi s.a.w menyebut:

مَنْ سَمِعَ رَجُلًا يَنْشُدُ ضَالَّةً فِي الْمَسْجِدِ فَلْيَقُلْ لَا رَدَّهَا اللَّهُ عَلَيْكَ فَإِنَّ الْمَسَاجِدَ لَمْ تُبْنَ لِهَذَا

“Sesiapa yang mendengar seseorang mengistiharkan barangan hilang dalam masjid, maka hendaklah dia berkata: “Semoga Allah tidak akan mengembalikannya kepadamu, sesungguhnya masjid tidak dibina untuk ini”. (Riwayat Muslim).

Jika mengumumkan barangan hilang dalam masjid kerana itu dilarang kerana memalingkan maksud atau tujuan masjid sebagai pusat tumpuan ibadah, bagaimana mungkin untuk mereka berkempen barang jualan di dalamnya?

إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي الْمَسْجِدِ فَقُولُوا لَا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ

“Jika kamu melihat seseorang menjual atau membeli di masjid, maka katakanlah: ALLAH tidak akan menguntungkan perniagaanmu..” (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Maka perbuatan tersebuat adalah dilarang berdasarkan nas-nas di atas.

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

0 comments: