Search

5 ISME YANG MENYERANG UMMAT ISLAM MUTA'AKHIR INI

SEKULARISME
Bertujuan memisahkan kehidupan manusia dari agama . Asalnya bertujuaan untuk kepentingan ekonomi , sosial dan politik pemerentah . Mereka melihat agama adalah suatu penghalang kepada tujuan dan kepentingan dunia mereka . Sasaran serangan pemikiran ini ialah kepada semua ummat Islam seluruh dunia . Ramai ummat Islam terpengaruh dengannya , lantas melihat dunia ini terbahagi dua . Islam hanya dilihat dari sudut spiritual seperti adanya pada agama agama lain . Sedangkan Islam bukan begitu , kerana ISLAM ADALAH SUATU SISTEM KEHIDUPAN . Islam itu syumul .

GLOBALISME
Bertujuan untuk menyebarluaskan fahaman fahaman songsang agar masuk ke dalam setiap kotak pemikiran ummat manusia , terutama ummat Islam . Dengan Globalisme , idea idea seperti sekularisme , nasionalisme , hedonisme , liberalisme , pluralisme dan pelbagai bentuk serangan pemikiran mudah menembusi setiap dunia dan negara negara ummat Islam . Sasaran serangan ialah negara negara ummat Islam .

HEDONISME
Bertujuan untuk menanamkan ke dalam setiap sanubari remaja muslim akan keseronokkan berhibur adalah segala segalanya dalam kehidupan ini . Kemahuan dan kecenderungan nafsu di layan tanpa sempadan . Hasilnya , artis menjadi pujaan , konset konset di mana mana , iklan hiburan setiap pelusuk ruang , impian dan cita cita remaja lebih mahu menjadi glamour dan selebriti dan 1001 macam perkara buruk yang kita boleh nampak sendiri Maka tersebar pesta maksiat , zina , mabuk arak dadah dll . Sasaran serangan ialah remaja muslim . Malah ramai golongan pemimpin dan pemerentah terpengaruh dengannya lantaran nafsu yang menjadi pemandu kepada jiwa .

LIBERALISME
Bertujuan untuk memesongkan kefahaman Islam di kalangan ummat Islam moden . Sikap keterbukaan melampau dan toleransi tak bersempadan ini membuat manusia , khususnya ummat Islam berfikiran hanya mengunakan logik akal . Sedangkan di dalam Islam ,ia bukan terdiri dari elemen zahir semata mata , malah ghaib juga . Maka , akal pemikiran tidak selalu dapat berfikir akan logiknya sesuatu suruhan dan larangan agama . Kalam Allah mahu mereka tafsir mengikut akal logik semata mata dan hadith hadith Rasullullah mahu diketepikan oleh mereka . Sasaran serangan ialah para intelektual dan profesional muslim . Disebabkan kecerdikkan dan kecanggihan pemikiran , maka mahu dibawa juga Islam ini ke dalam dunia kelogokkan , fakta fakta dan pembuktian sains .

PLURALISME
Bertujuan untuk menyamakan sekelian ummat manusia dari sudut agama dan kepercayaan . “Semua Agana Sama” ialah frasa yang sering mereka canagkan . Sedangkan agama disisi Allah hanya sanya Islam . “ Inna addin ‘indaAllahi Islam “ . “ Islam ya’lu wala yu’la wala yu’la ‘alaih ( islam itu tinggi , dan tiada yang lebih tinggi dariNya ) . Kepercayaan songsang ini menyebabkan ramai di kalangan kita meredhai perayaan dan kepercayaan agama lain , sedangkan Islam melarangnya . Sasaran serangan ini ialah para pemimpin dan pemerentah ummat Islam .

Sesungguhnya kita ummat Islam sentiasa harus berwaspada tentang serangan pemikiran yang tersenarai di atas . Malah banyak lagi sebenarnya di luar sana . Berhati hati dengan perancangan halus mereka . Dan kita harus bersatu menentangnya . Ini kerana perjuangan kebenaran tanpa perancangan , mudah dikalahkan dengan perancangan teliti walaupun batil .
Berpegang kepada Islam ini sungguh sungguh umpama kuatnya gigitan geraham yang kuat .

0 comments: