Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengantenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Kisah Pokok Semalu
0 commentsPosted by Abdul Ghaffar Bahri at Rabu, April 08, 2009
Catalouge: Peringatan, Tazkirah
Apa Alasan Untuk Tidak Solat
0 commentsKalau tiada kesedaran mengenai kewajipan solat bagi Islam, macam-macam alasan boleh diberi.
Tak sempatlah, karang aku solat tak siap pula kerja aku (pentingkan fardhu kifayah dari fardhu ain)
Takde tempat bersih
Terperangkap dalam jem ni - kalau solat mesti sampai rumah pukul 9 malam...
seluar kotor la (dah tau kotor apasal pakai?)...
Kalau solat, tak sempat pasal kena pakai mekap lagi..(sapa suruh mekap tebal-tebal?)
dan beribu alasan yang boleh diberi kepada sesama manusia. Tapi apakah Allah akan menerima alasan kita nanti? Bolehkah kita menjawabnya dengan ular besar di alam kubur?
Peringatan untuk diri aku sendiri yang selalu lalai juga. Masing-masing kena ingat lah ok.
Lihat gambar di bawah ni terasa berdosanya aku meremehkan suruhan Allah..
Posted by Abdul Ghaffar Bahri at Ahad, April 05, 2009
Catalouge: Tazkirah
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan
0 comments| Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh | Surah Al Baqarah - Ayat 102 |
| Anak2 pandai belajar | Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 |
| Anak2 lembut hati/ elak panas baran | Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, |
| Anak2 malas sekolah | Surah Toha ayat 1-5 |
| Supaya Suami tak kawin lain | Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil |
| Ayat pendinding | Ayat akhir surah At Taubah |
| Bg anak2 yg suka keluar malam | Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x |
| Untuk jadi pendinding rumah | Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah |
Posted by Abdul Ghaffar Bahri at Sabtu, Mac 28, 2009
Bible dalam Bahasa Malaysia
0 commentsKitab Bible ni sama seperti yg ditunjukkan oleh Ustaz Zulkifli Nordin, Peguam Bahagian Syariah yg beri ceramah (ttg isu murtad) di surau RHB-Bangi baru-baru ini.
Jaga anak-anak kita.
Download fail PDF di SINI
dan tolong sebar-sebarkan atau print dan beri kepada masjid dan surau, ahli keluarga, saudara mara juga sahabat-sahabat muslim kita.
Jihad fisabiliLlah
Posted by Abdul Ghaffar Bahri at Sabtu, Mac 28, 2009
Catalouge: Peringatan, Tazkirah, Yahudi
Cara Berpakaian Wanita Islam.
0 commentsPerempuan yang berpakaian menutup aurat sepenuhnya seperti di bawah semakin sukar dicari kecuali ustazah sahaja. Untung suami mereka tidak banyak di tanya di Akhirat kelak.
gambar dari drfikrah.blogspot.com
Posted by Abdul Ghaffar Bahri at Sabtu, Mac 28, 2009